PENASIHAT MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK

Pada 21 Februari 2021, saya telah menghadiri mesyuarat dan taklimat secara maya berkenaan peranan Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak yang dipengerusikan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar.

Tahun ini, saya menerima satu lagi tanggungjawab yang agak berat iaitu sebagai Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak Daerah Kota Setar. Kami dilantik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang. Peranan penasihat ini adalah bagi memaklumkan dan menasihati Mahkamah mengenai apa-apa pertimbangan yang menyentuh perintah yang dibuat terhadap kanak- kanak yang dibawa ke hadapan Mahkamah tersebut. Ini meliputi isu pemeliharaan, pemulihan dan perlindungan kanak-kanak serta kanak-kanak yang menghadapi pertuduhan jenayah.

Semoga dipermudahkan segala urusan saya dalam memberi input terbaik demi kebaikan kanak-kanak yang terlibat. Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar di atas kepercayaan ini.



Comments