Pada 15 Disember 2025, saya mempengerusikan mesyuarat Pasukan Pelindungan Kanak-kanak (PPKK) Daerah Kota Setar Bil 5/2025. Banyak isu dibincangkan iaitu antaranya penubuhan Rumah Perlindungan Kanak-kanak, pemindahan operasi Pusat Aktiviti Kanak-kanak ke lokasi baharu, kes keciciran sekolah dan perancangan program advokasi kanak-kanak bersama masyarakat tahun depan. Semoga semuanya dipermudahkan.
Selepas itu kami meraikan hari lahir Timbalan Pengerusi PPKK, Puan Junaidah binti Jamaluddin.




Comments
Post a Comment