Pada 5 Disember 2025, buat tahun ke-5 berturut-turut, Pusat Dialisis Al-Hayat telah berjaya menganjurkan seminar tahunan untuk staf. Kali ini program diadakan di Hotel Raia, Alor Setar.
Seminar tahun ini meliputi pengisian daripada Prof Madya Dr Wan Ahmad Hafiz bin Wan Md Adnan, Pakar Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Universiti Malaya yang membentangkan tajuk “Dialysis Adequacy” dan Dr Ahmad Rostam bin Md Zain, Pakar Perunding Psikiatri Liaison Hospital Sultanah Bahiyah yang menyampaikan ceramah bertajuk “Mental Health in Dialysis Patients”.
Semoga pengisian ini bermanfaat demi menambah baik kualiti perkhidmatan kami kepada pesakit dan keluarga mereka.














Comments
Post a Comment