KISAH WARGA EMAS TINGGAL DI BANGSAL LEMBU


Keratan akhbar di atas diambil daripada sebuah akhbar tempatan pada 12 Ogos lalu yang memaparkan kisah sedih seorang warga emas yang tinggal di sebuah bangsal lembu di Sematang Pinang, Kuala Kedah. Sebaik sahaja saya membaca kisah ini, saya telah mengambil inisiatif untuk turun melihat sendiri keadaan beliau selepas mendapat maklumat latar belakang daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) dan masyarakat serta pemimpin setempat tentang apa sebenarnya yang berlaku. Warga emas ini mengakui menerima bantuan bulanan daripada pihak JKM bagi menyara hidupnya. Walau bagaimanapun, beliau mempunyai dua orang anak dan salah seorangnya hanya tinggal di sebelah rumah bangsal lembunya itu. Apa yang mengejutkan saya, beliau memaklumkan rumah sebelah yang diduduki oleh anaknya dan keluarga adalah miliknya. Beliau enggan tinggal bersama mereka kerana mempunyai konflik dengan anaknya.  Beliau juga ditemani oleh cucunya yang berumur 20 tahun dan sudah bekerja. Anak beliau seorang lagi tinggal di Alor Setar dan beliau juga enggan tinggal bersama anaknya yang itu.

Rumah di sebelah adalah milik warga emas dan diduduki oleh anaknya bersama keluarga 
Beliau berharap agar dapat diberi rumah baru oleh pihak berwajib kerana mahukan tempat yang selesa untuk beribadah. Saya cadangkan beliau tinggal di mana-mana pondok yang ada di Kedah ini yang menyediakan kemudahan yang amat baik kepada warga emas yang mahu menumpukan sepenuh masa untuk beribadah. Usaha untuk membina rumah baru adalah agak sukar melihatkan situasi sebenar beliau dan tanah rumah bangsal lembu itu adalah milik kerajaan seperti mana rumah-rumah lain dalam kawasan itu. Pandangan saya, bukanlah saya tidak berasa kasihan melihat keadaan rumah bangsal lembu itu tetapi segala yang berlaku adalah pilihan warga emas itu sendiri. Beliau sendiri yang memilih untuk tinggal di situ sedangkan banyak lagi alternatif lain yang lebih baik. Malah saya dimaklumkan oleh pihak JKM, beliau juga tidak berminat apabila ditawarkan untuk diberikan sebuah rumah pangsa di Flat Seri Gemilang.





 Pastinya sesiapa yang membaca cerita tersebut akan merasa sedih dan belas kasihan terhadap warga emas tersebut. Pasti juga ada yang mula berpandangan buruk terhadap agensi berwajib dan pemimpin masyarakat dengan nada yang sinis atau kesat kononnya pihak-pihak ini gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Persepsi sebegini biasa berlaku dalam era media sosial kini apabila maklumat sebenar tidak didedahkan dan pihak yang melapor ada kepentingan dengan niat dan matlamat yang tertentu. Sewajarnya kita harus mendapat maklumat dan gambaran yang sebenar sebelum membuat apa-apa kesimpulan bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Ini seharusnya menjadi asas dan etika kewartawanan yang baik.
Di akhir pertemuan, warga emas ini sempat memaklumkan kepada saya yang beliau tidak mengundi saya pada PRU lalu. Saya beritahu saya tak kisah kerana itu bukan tujuan saya datang ziarah beliau.


Comments

  1. Tahniah dr......takdir Ilahi dan pilihannya sendiri....boleh juga tinggal kat rumah org tua2...selain pondok, flet dsbgnya...apapun kita bantulah setakat yg mampu....didoakan dia tabah dan bahagia....sbb bahagia tak semestinya mewah.......

    ReplyDelete
  2. Tahniah dr......takdir Ilahi dan pilihannya sendiri....boleh juga tinggal kat rumah org tua2...selain pondok, flet dsbgnya...apapun kita bantulah setakat yg mampu....didoakan dia tabah dan bahagia....sbb bahagia tak semestinya mewah.......

    ReplyDelete
  3. Betui doc.. saya juga ada 'terlekat' dengan seorang warga emas yang tinggal bersendirian di Taman Wira Mergong. Memang kesian tengok dia. Dalam hati terfikirlah, takkan saudara mara begitu kejam tinggalkan dia mcm tu. Hakikatnya doktor, dia yg pilih utk hidup mcm tu. Tp kalau dengaq dia cerita, mcm org sekeliling tu takdak hati perut. Bila kita sarankan ke rumah org tua, dia marah kat kita balik. Rumah saudara mara xleh dok sbb semua tak kena. Hihi.. Mcm tu lah doc Zaki.. Kita esok-esok taktau mcmana lagi.. Tcare doc Zaki. Semoga Allah sentiasa memberi kejayaan yang gemilang kpd doktor. Amiiinn...

    ReplyDelete

Post a Comment