DETIK-DETIK BERMAKNA 2015

Sedar tak sedar tahun 2015 bakal melabuhkan tirainya dalam beberapa hari lagi. Begitu cepat masa berlalu dan saya ingin membuat refleksi dan muhasabah tentang peristiwa dan gerak kerja saya sepanjang tahun 2015 ini. Kesimpulannya, tahun 2015 merupakan tahun yang penuh warna-warni dalam kehidupan saya. Bermula dengan program reunion 20 tahun MRSM Taiping batch saya yang perancangannya mengambil masa hampir 3 bulan, Program Semaian Bakti USIM di Kuala Kedah sehinggalah Free Market Kuala Kedah, telah memberikan impak yang sungguh membanggakan kerana telah berjaya meninggalkan kesan terhadap masyarakat. Tetapi yang paling istimewa pada tahun 2015 adalah kelahiran cahaya mata keempat saya iaitu Yasmin Aida.

Walaupun berbekalkan sumber yang terhad dan tidak berjawatan (dengan mengamalkan konsep 'Leader Without a Title' hasil karya Robin Sharma), alhamdulilah semua gerak kerja saya berjalan lancar walaupun sudah menjadi lumrah akan ada juga sedikit kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Setiap program dan aktiviti ini saya rangkumkan dalam kronologi bergambar sebagai ingatan dan perangsang kepada diri sendiri dan pembaca agar dapat terus berjuang serta merancakkan lagi kerja-kerja kesukarelaan dalam arena masyarakat pada tahun hadapan.

10.1.15 : Mesyuarat Agung PEAKS yang pertama

Team PEAKS yang baru


15.1.2005 - 15.1.2015 : Ulangtahun perkahwinan yang ke-10
31.1.15 : Reunion 20 tahun MRSM Taiping Batch 1993/1994

YB Dato' Dr Amin Zakaria, dahulunya adalah guru matematik saya, sekarang adalah Exco Pendidikan Negeri Perak. Beliau merasmikan Majlis Reunion 20 Tahun MRSM Taiping Batch 1993/1994

Berucap sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis Reunion 20 Tahun MRSM Taiping  Batch 1993/1994 di Hotel Taiping Perdana


1.2.15 : Kembali ke MRSM Taiping  untuk memberi ceramah kerjaya kepada adik-adik junior.
                       

3.2.15 : Ziarah pesakit strok di Tandop, DUN Pengkalan Kundur



16.2.15 : Penganugerahan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) ditemani isteri tersayang di Istana Anak Bukit


19.2.15 : Ziarah pesakit di Alor Senjaya, DUN Anak Bukit

22.2.15 : Mengiringi YB Datuk Ahmad Maslan di airport selepas tamat program penerangan GST beliau di negeri Kedah

28.2.15 : Merasmikan Kejohanan Hari Sukan SMK Kubang Rotan

Bersalam dengan maskot rumah sukan di SMK Kubang Rotan


3.3.15 : Kegembiraan terbesar tahun ini, menerima kehadiran cahaya mata keempat, Yasmin Aida ke dalam hidup saya dan isteri serta keluarga.

14.3.15 : Program Semaian Bakti dengan 79 orang pelajar perubatan USIM, 15 orang doktor dan pakar perubatan, selama 3 hari 2 malam, telah berjaya melakukan saringan kesihatan terhadap hampir 200 orang penduduk di Parlimen Kuala Kedah, ziarah lebih 50 orang pesakit kronik di rumah dalam 3 kawasan DUN, dan berjaya memotivasikan lebih 120 orang pelajar tahun 6 dalam program Menuju Puncak UPSR. Tetapi kejayaan program ini lebih manis dengan terjalinnya ikatan kekeluargaan dengan lebih 30 keluarga baru di Kuala Kedah.



Perasmian oleh YBhg Dato' Pengarah Kesihatan Negeri Kedah


9.4.15 : Jawatankuasa Diabetes Malaysia Negeri Kedah, saya telah terpilih sebagai Timbalan Pengerusi ketika mesyuarat agung tahunan  

11.4.15 : Karnival Mini GST anjuran PEAKS di Pekarangan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Kedah

25.4.15 : Bersama pengurus pemasaran HR Marketing dan wakil HR Marketing di Melaka dalam siri jelajah 'Kenali Usus Anda' bersama HR Marketing di Perak, KL, Melaka dan Pantai Timur

1.5.15 : Memeriksa warga emas berumur 102 tahun ketika program ziarah kesihatan bersama Pengerusi Kolej Polytech MARA (KPTM) di PRK Permatang Pauh


24.5.15 : Alhamdulilah, birthday surprise di Hospital Pusat Rawatan Mahsuri bersama keluarga dan staf

14.6.15 :Membentangkan usul dadah dan ketum di Majlis Perundingan Belia Negeri Kedah

30.6.15 : Ziarah anak yatim tiga beradik di Kg Masjid Lama yang saya masih berusaha untuk bantu.

3.7.15 : Ziarah Kasih Ramadan di Kg Tok Pasai, DUN Kubang Rotan

10.7.15 Menyampaikan sumbangan zakat anak yatim di Majlis Sentuhan Kasih Ramadan anjuran PEAKS di Hotel Grand Alora

11.7.15 : Ziarah Kasih Ramadan bersama Kelab Kebajikan Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah di Kg Tepi Laut


17.7.15 bersamaan 1 Syawal 1436H : Gambar raya lengkap satu keluarga

8.8.15 : Bersama sahabat-sahabat pemuda selepas menang pemlihan G7 di Persidangan Prwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah

18.8.15 : Bersama YTM Tungku Panglima Besar, Tunku Intan Shafinaz  binti Tuanku Abdul Halim di program Yayasan Sultanah Bahiyah. Saya mewakili Diabetes Malaysia Negeri Kedah menerima geran tahunan daripada YSB. 


15.8.15 : Ziarah warga emas yang tinggal di rumah bangsal lembu di Kg Sematang Pinang, DUN Kuban Rotan


26.8.15 : Ceramah kerjaya di pelantar minyak oleh Kapten Muhasa di SMK Kubang Rotan

31.8.15 : Laungan 'Merdeka' selepas program Kembara Berbasikal Merdeka bersama kanak-kanak sekolah Kg Masjid Lama dan Kg Komplek, Kuala Kedah


31.8.15 : Kanak-kanak tadika Kemas Sg Baru Gunung, DUN Anak Bukit sempena sambutan hari kebangsaan


13.9.15 : Berkongsi pengalaman dengan pelajar tahun 5 SK Seberang Nyonya dalam program Menuju Puncak UPSR



Fasilitator KPTM dan peserta Menuju Puncak UPSR di SK Seberang Nyonya, Kuala Kedah

Seragam korporat baru AJK JKKK Kg Kompleks

8.10.15 : Penyampaian sumbangan topeng muka ketika musim jerebu di SJK (C) Eik Choon, Simpang Empat anjuran Majlis Belia Negeri Kedah


24.10.15 : Gotong-royong bersama masyarakat membersihkan kawasan bawah Jambatan Tok Pasai yang menjadi sarang penagihan dadah di Kuala Kedah

14.11.15 : Sambutan Hari Diabetes Sedunia di Kubang Pasu


5.11.15 : Meraikan Deepavali bersama masyarakat India DUN Anak Bukit di SJK(I) Thiruvalluvar, Taman Aman, DUN Anak Bukit.
                                         

21.11.15 : Ceramah pemakanan sihat di program Free Market Kuala Kedah bertempat di Muzium Kota Kuala Kedah
Suasana di luar Muzium Kota Kuala Kedah menunjukkan sambutan yang sangat hebat di Free Market Kuala Kedah

10.12.15 :Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah di Perhimpunan Agung UMNO 2015

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga segala kerja baik kita akan mendapat keredhaan di sisi Allah swt. Insha Allah tahun 2016 akan menjanjikan lebih banyak kejayaan demi agama, bangsa dan tanahair. Akhir sekali, saya ingin berkongsi petikan yang boleh dikatakan menggambarkan perasan dan semangat saya dalam kita melangkah ke tahun baru ini : 

"It's not the number of years we live that matters, our lives just add up to a series of moments. We never know when or where they'll happen, but they stick with us marking our souls forever."
"I've spent my entire life studying the human body, and I can say with scientific certainty, that what keeps us alive more important than blood or oxygen or even love, is HOPE."
-Dr Henry Morgan, TV Series ''Forever''-

Selamat Tahun Baru 2016

Comments