KENYATAAN MEDIA PROGRAM MYFEST DARULAMAN 2016


Persatuan Profesional dan Usahawan Negeri Kedah (PEAKS) dengan sokongan Kerajaan Negeri Kedah melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan menganjurkan MYFest Darulaman 2016 yang julung-julung kali diadakan di Negeri Kedah Darulaman. Program ini akan berlangsung selama 3 (tiga) hari bermula dari Khamis 25 Februari 2016 hingga Sabtu 27 Februari 2016 bertempat di Dataran Jubli Emas, Alor Setar.
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan muda terutamanya bumiputera bagi menimba ilmu pengetahuan sambil meningkatkan ekonomi masing-masing. Selain itu, bertepatan tahun 2016 sebagai Tahun Melawat Negeri Kedah- Discover Kedah 2016, program ini mampu menarik pengunjung dari dalam dan luar Negeri Kedah dengan diserikan pelbagai program yang menarik untuk manfaat semua lapisan masyarakat.
Myfest Darulaman 2016 ini dijangka akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah, Menteri Besar Kedah pada hari Sabtu 27 Februari 2016 pada jam 4 petang.
Pelbagai pengisian telah diaturkan sepanjang berlangsungnya program ini dengan penglibatan jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan korporat dan swasta. Pengisian aktiviti ini meliputi beberapa segmen berdasarkan golongan sasaran iaitu kanak-kanak, belia dan masyarakat awam. Untuk makluman program lengkap boleh rujuk lampiran yang disertakan. 
Sekian, terima kasih

‘JASA DAN WIBAWA’

DR ZAKI ZAMANI BIN ABD RASHID,
Pengerusi,
Persatuan Profesional dan Usahawan Negeri Kedah (PEAKS)


LAMPIRAN :

            AKTIVITI
TARIKH DAN MASA
Pameran agensi-agensi kerajaan
Sepanjang program
Gerai-gerai jualan usahawan bumiputera
Sepanjang program
Kempen Derma Organ kelolaan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
Sepanjang program
Maskot Kartun
Sepanjang program
Permainan Soopa Doopa
Sepanjang program
Kempen Derma Darah kelolaan Tabung Darah Hospital Sultanah Bahiyah
Sepanjang program
Persembahan Qasidah dan Selawat Perdana
Khamis 25hb Feb 2016, 8pm
Pertandingan Futsal 5’s Piala PEAKS
Jumaat 26hb Feb dan Sabtu 27hb Feb 2016
Slot Bicara Agama kelolaan PDRM Kedah
Khamis 25hb Feb 2016, 9pm

Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh Diabetes Malaysia Daerah Kota Setar
Jumaat 26hb Feb dan Sabtu 27hb Feb 2016
Karnival Kerjaya Belia. Kelolaan JobsMalaysia Kedah dan Majlis Belia Negeri Kedah
Jumaat 26hb Feb 2016, 9am-4pm
Slot ‘Mesej dari Penjara’ kelolaan Jabatan Penjara Negeri Kedah
Jumaat 26hb Feb 2016, 3pm
Menaiki Belon Udara Panas Gergasi  
Jumaat 26hb Feb 2016, 3pm
Night Run Myfest Darulaman
Jumaat 26hb Feb 2016, 8pm
Myfest Autoshow
Jumaat 26hb Feb 2016, 8pm
Zumba Myfest Darulaman
Sabtu 27hb Feb 2016, 8am
Ohana Bubble Fest kelolaan pelajar-pelajar Kolej Polytech MARA, Alor Setar
Sabtu 27hb Feb 2016, 3pm
Anugerah Tokoh Profesional dan Tokoh Usahawan PEAKS 2016
Sabtu 27hb Feb 2016, 4pm

Majlis Perasmian Myfest Darulaman 2016 oleh
YAB Menteri Besar Kedah
Sabtu 27hb Feb 2016, 4pm


POSTER : 












Comments