Tuisyen Percuma UPSR 'Klass of Hope'

Mulai 20hb Februari 2016, GPMS Kuala Kedah dengan kerjasama NGO Gooddeeds Malaysia telah mengadakan kelas tuisyen percuma untuk pelajar-pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Seberang Nyonya, Kuala Kedah sebagai persediaan menghadapi UPSR. Seramai 20 orang pelajar berpotensi telah dipilih oleh pihak sekolah untuk menyertai kelas tuisyen percuma ini yang akan diadakan setiap pagi Sabtu sehingga tarikh UPSR nanti.


Pelajar-pelajar yang bertuah ini akan mendapat tunjuk ajar daripada cikgu-cikgu sukarelawan yang sanggup berkorban masa dan tenaga bagi membantu pelajar-pelajar ini mendapat keputusan yang cemerlang. Buat masa ini, tuisyen melibatkan subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris terlebih dahulu dan dijangka akan dikembangkan dengan subjek-subjek lain juga apabila mendapat penglibatan lebih ramai cikgu sukarela. 


Terima kasih kepada pihak sekolah yang memberi kerjasama yang baik kepada pihak kami bagi memastikan kelas tuisyen ini berjalan sempurna. Semoga kelas ini akan memberi manfaat kepada para pelajar yang kebanyakannya adalah anak nelayan dan semoga usaha cikgu-cikgu ini diberkati kerana kewujudan kelas tuisyen ini akan memberi inspirasi dan sebagai aspirasi untuk masa hadapan mereka yang lebih baik.


Taklimat kepada cikgu-cikgu sukarela

Bergambar bersama Guru Besar dan Penolong Kanan HEM


Pihak menganjur memerlukan sumbangan ikhlas bagi menampung perbelanjaan kelas tuisyen ini seperti untuk urusan fotostat dan minum pagi para pelajar. Semua sumbangan boleh disampaikan kepada wakil Gooddeeds seperti dalam poster di bawah.

'Klass of Hope' - Inspirasi dan Aspirasi 


Comments