MYFEST DARULAMAN 2016



Program yang julung-julung kalinya diadakan sempena Discover Kedah 2016 diadakan di Taman Jubli Emas pada 25-27 Februari 2016. Program ini telah memberi peluang 120 orang usahawan bumiputra untuk berniaga di tapak program, di samping pameran agensi kerajaan daripada Jabatan Penjara, AADK, Jabatan Kesihatan, RTC serta banyak lagi. Majlis perasmian Myfest Darulaman 2016 telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah, Menteri Besar Kedah.






 Pengisian Myfest Darulaman kali ini adalah Karnival Kerjaya Belia, Program Mesej dari Penjara, Night run Myfest, dan Ohana Bubble Fest.



OHANA BUBBLE FEST


Seramai lebih 500 orang pelajar dari sekolah pendidikan khas dan persatuan autistik menyertai bubble fest ini yang dikelolakan oleh pelajar-pelajar Kolej Polytech Mara Alor Setar. YAB Menteri Besar Kedah turut sama dalam bubble fest ini bagi meraikan para pelajar kelainan upaya ini. 
Ohana bermaksud keluarga dalam bahasa Hawaii.






KEMPEN DERMA ORGAN

Pelancaran Kempen Derma Organ Myfest Darulaman 2016 disempurnakan oleh YB Dato' Dr Leong, Exco Kesihatan Negeri Kedah. Turut hadir Ybhg Dato' Dr Norhizan Ismail, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah


MESEJ DARI PENJARA

Program Mesej dari Penjara kelolaan Jabatan Penjara Negeri Kedah dirasmikan oleh YB Dato' Suraya Yaacob, Exco Kerajaan Negeri Kedah. Antara pengisiannya adalah taklimat sistem parol, deklamasi sajak dan yang paling menarik adalah perkongsian pengalaman seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh tanpa niat, dia telah dipenjara selama 12 tahun sehingga hari ini.




ZUMBA MYFEST





NIGHT RUN

Night Run Myfest Darulaman 2016 dilepaskan oleh YB Dato. Aminuddin Omar, Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah. Penyertaan hampir 300 orang dari pelbagai kategori iaitu dari peringkat sekolah rendah hingga veteran.




KARNIVAL KERJAYA BELIA

Karnival kerjaya belia dirasmikan oleh YB Dato' Noor Sabrina Mohd Noor, Exco Kerajaan Negeri Kedah sempena Myfest Darulaman 2016 telah berjaya menarik lebih 3000 orang pencari kerja yang kebanyakannya ada golongan belia. Sebanyak 500 jawatan kosong ditawarkan melalui 25 majikan dan 5 pusat latihan. Program ini adalah kerjasama JobsMalaysia Kedah dan Majlis Belia Negeri Kedah.




ANUGERAH TOKOH PEAKS 2016

Penyampaian anugerah tokoh profesional dan tokoh usahawan Persatuan Profesional Dan Usahawan Negeri Kedah - PEAKS bagi tahun 2016 disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah. Tahniah kepada ikon-ikon muda yang telah terpilih.

Tokoh Usahawan PEAKS 2016 : Puan Hazleen Syafiza Mansor, Pengurus Besar Inang Suri, pengeluar coklat jenama HAZLEEN

Tokoh Profesional PEAKS 2016 : Mohamad Zaid bin Abdul Kadir, jurutera yang terlibat dalam industri minyak di peringkat antarabangsa
TAPAK PAMERAN DAN GERAI USAHAWAN

YAB Menteri Besar Kedah berkesempatan melawat tapak-tapak gerai dan beramah mesra dengan usahawan dan pengunjung yang hadir di Myfest Darulaman 2016.





Kesimpulannya Myfest Darulaman 2016 adalah satu kejayaan besar bagi PEAKS. Dengan kehadiran pengunjung hampir 30 ribu orang selama 3 hari program, tidak dinafikan pihak PEAKS akan berusaha menjadikannya sebagai satu acara tahunan.








Barisan Jawatankuasa PEAKS bersama YAB Menteri Besar Kedah

Comments