SKOP : KERJAYA DI PELANTAR MINYAK

Pada 13hb dan 14hb April 2016 lalu, Persatuan Profesional dan Usahawan Negeri Kedah (PEAKS) dengan kerjasama GPMS Kuala Kedah telah mengadakan program jelajah Sesi Kongsi Pengalaman (SKOP) bertemakan kerjaya di pelantar minyak. Program SKOP yang merupakan satu program ceramah kerjaya adalah satu program jenama bersiri oleh PEAKS yang mengetengahkan tokoh-tokoh profesional dari Kedah untuk ditonjolkan sebagai ikon kepada remaja dan para pelajar sekolah dalam negeri Kedah. Sejak dianjurkan bermula tahun 2014, program ini telah menjelajah ke seluruh negeri untuk memberi motivasi dan pendedahan kerjaya kepada para pelajar.

Para pelajar perempuan SMK Kubang Rotan




Di SMK Kubang Rotan
Para pelajar lelaki SMK Kubang Rotan

Untuk SKOP kali ini, tokoh yang dibawa adalah Kapten Muhasa Athullah bin Mohinudeen, seorang jurutera marine dan kapten kapal laut yang sudah berkhidmat memandu kapal laut di serata dunia. Anak jati Kedah ini juga mempunyai lesen memandu kapal terbang. Saya selalu berjenaka dengan para pelajar dalam taklimat pengenalan ringkas saya berkenaan beliau, iaitu sekiranya juruterbang Air Asia atau MAS sakit perut dan tidak dapat memandu pesawat, dan kebetulan Kapten Muhasa ada dalam penerbangan itu, bila-bila masa sahaja Kapten Muhasa boleh mengambil alih memandu pesawat tersebut. Saya fikir belum ada lagi rakyat Malaysia yang mempunyai kedua-dua lesen kapal laut dan kapal terbang, malah di dunia juga amat sukar untuk kita temui. Apa yang lebih membanggakan Kapten Muhasa adalah anak jati Alor Setar, Kedah.
Di SMK Seri Gunong

Di SMK Seri Pantai

Apa yang menarik dalam sesi beliau adalah beliau menceritakan prospek kerjaya di pelantar minyak yang amat lumayan bergantung kepada kemahuan diri sendiri terutamanya sanggup berjauhan dari kampung halaman. Pengalaman beliau di beberapa syarikat minyak seperti Petronas, Exxon-Mobil dan kini Saudi Aramco di Arab Saudi telah meletakkan nilai yang tinggi untuk kemahiran dan ilmu yang beliau miliki di peringkat antarabangsa. Beliau adalah satu-satunya warga kerja dari Asia di pejabat beliau di Arab Saudi dan ini membuktikan anak Kedah sememangnya mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Di samping itu, beliau juga menekankan para pelajar agar memastikan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik kerana ia penting demi menjamin peluang pekerjaan dan kebolehpasaran dalam bidang industri minyak dan gas ini.

Di SMK Tunku Laksamana


Pihak PEAKS mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kapten Muhasa di atas kesudian beliau berkorban masa dan tenaga dalam memberi motivasi kepada hampir 1000 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 di SMK Kubang Rotan, SMK Seri Pantai, SMK Seri Gunong dan SMK Tunku Laksamana. Semoga akan ada anak Kedah dari sekolah-sekolah ini yang bakal mengikuti jejak langkah beliau hasil daripada perkongsian dalam program ini. Mesej utama beliau adalah anak-anak Kedah tidak ada kurangnya daripada orang lain untuk berjaya, dengan syarat sanggup berani menghadapi cabaran di luar negara untuk bersaing dengan masyarakat antarabangsa, bersungguh-sungguh mengejar ilmu dan kemahiran serta sentiasa mempunyai sikap mahu memajukan diri sendiri. Kita ucapkan selamat maju jaya kepada Kapten Muhasa dalam kerjaya beliau dan semoga sentiasa diberkati dalam setiap usaha dan pekerjaan beliau. 

Bersama Pengetua, guru-guru dan para pelajar SMK Seri Gunong

Comments

  1. LOAN OFFER

    TAWARAN PERKHIDMATAN PINJAMAN, MOHON SEKARANG DAN DAPATKAN KELULUSAN TANPA STRESS ATAU BERTANGGUH.




    Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan.Kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 2%, Hubungi kami melalui Whatsapp +918794792073
    mghfbibdgf@gmail.com

    BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
    *******************************
    1) Nama Penuh:
    2) Jantina:
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Mudah Alih:
    8) Nombor Faks:
    9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
    11) Tarikh Gaji:
    12) Tujuan pinjaman:
    13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
    mghfbibdgf@gmail.com

    ReplyDelete
  2. QUICK EASY EMERGENCY URGENT LOANS LOAN OFFER EVERYONE APPLY NOW +918929509036 financialserviceoffer876@gmail.com Dr. James Eric

    ReplyDelete

Post a Comment