FREE MARKET TAMPIN

Pada 28 Mei 2016 lalu, saya memenuhi tanggungjawab sebagai Penasihat Kesihatan Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) untuk berkongsi ilmu kesihatan dengan masyarakat pelbagai kaum di Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus. Ceramah kesihatan sempena Free Market Tampin anjuran Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Tampin Jaya, Gardenia Support Group dan LPKPM ini diadakan di Padang Serbaguna Tampin.




Dalam ceramah, saya menasihatkan hadirin agar jangan mudah tertipu dengan 4 kategori produk yang sering dijual demi mengaut keuntungan semata-mata iaitu ubat kurus, ubat 'kuat', ubat pemutih dan ubat penyakit kronik. Setiap produk harus dipastikan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan bagi mengesahkan ia benar-benar selamat. Kita perlu menjadi pengguna yang bijak dan sentiasa mengambil tahu setiap produk yang kita beli.




  





Saya juga berkongsi ilmu berkenaan pemakanan sihat dan penjagaan kesihatan untuk pesakit diabetes ketika bulan Ramadan. Ini adalah untuk julung-julung kalinya saya berceramah di bumi Negeri Sembilan ini. Terima kasih Umno Cawangan Tampin Jaya atas layanan mesra sebagai tuan rumah.

Comments