AKTIVITI RAMADAN 1437H / 2016M

Ramadan saya pada tahun ini dipenuhi dengan pelbagai program khidmat masyarakat di samping memenuhi jemputan berbuka puasa. Bermula dengan program doktor masuk kampung di Kuala Kangsar bersama Alumni Kelab UMNO Luar Negara sehingga program-program kebajikan di sekitar Parlimen Kuala Kedah. Program ini adalah anjuran kerjasama NGO-NGO kebajikan seperti Good Deeds Malaysia, Babybox, Geng Food Bank dan Senyum Syawal atau merupakan inisiatif saya sendiri secara peribadi atau melalui JKKK Kg Kompleks dan Persatuan Profesional dan Usahawan Negeri Kedah (PEAKS) yang saya pengerusikan. 

1. Doktor Masuk Kampung, PRK Kuala Kangsar



2. Program Ramadan Food Boxes bersama Good Deeds Malaysia di Kg Peremba
Antara penerima adalah pesakit strok, ibu tunggal dan warga emas. 




3. Taklimat Perangi Dadah Habis-habisan Kuala Kedah
Satu inisiatif daripada AADK Kota Setar untuk membanteras gejala najis dadah di Kuala Kedah. Sebagai Ikon AADK, saya terlibat sama turun bersama AADK untuk bertemu dengan beberapa kepimpinan JKKK di Kuala Kedah bagi menerangkan gerak kerja program ini. 

Taklimat kepada JKKK Perumahan Awam, Kuala Kedah

Taklimat kepada JKKK Taman Desarina, Kuala Kedah

Taklimat kepada JKKK Kg Kompleks, Kuala Kedah

Untuk pasukan Combi Kuala Kedah, taklimat dadah turut diberikan di samping pemyampaian sumbangan Ramadan kepada ahli-ahli yang terdiri daripada ibu tunggal dan keluarga kurang berkemampuan. AADK turut mengadakan pameran dadah bagi membekalkan informasi kepada pasukan Combi.

Taklimat kepada ahli-ahli Pasukan Combi Kuala Kedah
4. Pertemuan dengan Ketua Pengarah JASA

Dalam kesibukan program Ramadan, saya sempat membuat 'daytrip' ke Kuala Lumpur semata-mata untuk bertemu dengan Datuk Dr Puad Zarkashi, Ketua Pengarah JASA bagi membincangkan satu inisiatif program biro latihan Alumni Kelab UMNO yang memerlukan kerjasama pihak JASA. 


5. Pertemuan dengan Exco Kerajaan Negeri Kedah

Saya juga telah menyelaras mesyuarat khas dan pembentangan pihak AADK yang diketuai oleh Pengarah AADK Negeri Kedah iaitu Haji Muhammad Nazer bin Mustaffa untuk berjumpa dengan YB Dato' Suraya binti Yaacob, Exco Kerajaan Negeri Kedah. Ini bagi melantik beliau sebagai 'focal person' program perangi dadah habis-habisan di Kuala Kedah bagi memantapkan kerjasama antara jabatan dan agensi kerajaan terutamanya yang melibatkan kerajaan negeri.



6. Projek Geng Food Bank, Babybox dan Senyum Syawal

Sumbangan barangan makanan dan baju raya disampaikan kepada keluarga yang dihimpit kesempitan hidup. Antaranya ibu tunggal bersama 7 orang anak yatim di Tanjung Besar dan seorang Orang Kena Pengawasan (OKP) AADK di Kg Masjid Lama yang baru melahirkan anak kembar.



7. Ziarah Kasih Ramadan di Kg Kompleks dan walkabout AADK

Program ini adalah penyampaian sumbangan Ramadan kepada semua rumah dalam Kg Kompleks dengan disertai oleh pegawai AADK Kota Setar yang turut sama mengedarkan risalah anti dadah dan memberi penerangan kepada penduduk kampung tentang bahaya dadah. Walkabout turut disertai oleh AJK JKKK Kg Kompleks.



8. Majlis Sentuhan Kasih Ramadan 1437H

Buat tahun ke-5, Persatuan Profesional dan Usahawan Negeri Kedah (PEAKS) menganjurkan program berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Kali ini diadakan ia diadakan di TH Hotel & Convention Centre, Titi Gajah melibatkan 50 orang anak yatim dari sekitar Anak Bukit dan Titi Gajah. Selain berbuka, anak-anak yatim ini turut diraikan dengan diberikan duit raya sumbangan ahli-ahli PEAKS. Beberapa pengerusi JKKK dan penghulu turut hadir.







9. Sumbangan kerusi roda untuk warga emas uzur di Kg Kompleks



10. Ziarah adik Ieman Fayruzz Mikhail di Taman Kota Nelayan

Adik Ieman berumur 8 bulan mengidap jantung berlubang (ASD) dan perlu bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan (CPAP) kerana masalah paru-paru (upper lobe lung collapse). Mesin ini dipinjamkan oleh Hospital Pulau Pinang dan ibunya perlu berulang-alik ke Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan susulan pakar kanak-kanak di sana. Adik Ieman juga minum susu menggunakan tiub (Ryle's tube) bagi mengelakkannya daripada tersedak (aspirate). Dia sangat aktif dan ceria sekali. Saya singgah untuk menyampaikan sumbangan daripada Babybox dan PEAKS.



11. Ziarah Kasih Ramadan di Alor Senjaya

Antara yang menerima sumbangan Ramadan adalah keluarga En Nizat yang mana beliau mempunyai 9 orang anak dan beliau hanya membuat kerja kampung, isterinya pula suri rumah. Keadaan rumah mereka juga agak daif tetapi apa yang menyentuh hati adalah anak-anaknya sudah bertahun tidak pernah mendapat baju raya.

Antara warga emas di Alor Senjaya yang menerima sumbangan

En Nizat dan anak-anaknya

12. Membeli-belah untuk baju raya keluarga En Nizat

Akhirnya ada rezeki juga untuk 9 beradik dari Alor Senjaya ini. Setelah sekian lama tidak pernah mendapat baju raya, tahun ini mereka dapat bergaya dengan baju baru. Malah ini juga kali pertama mereka menjejakkan kaki ke Tesco. Susu formula dan lampin pakai buang turut disumbangkan untuk anak kembarnya yang berusia 2 tahun. Sebelum ini mereka hanya minum susu pekat manis. Semua ini adalah hasil usaha daripada Good Deeds Malaysia yang menerima sumbangan selepas posting saya dalam facebook berkenaan keluarga yang kurang berkemampuan ini. Terima kasih kepada semua sukarelawan yang turut bersama melayan anak-anak ini dalam memilih pakaian mereka. 

En Nizat memaklumkan kepada saya, beliau tidak mampu membalas jasa orang yang menyumbang tetapi Allah swt pasti akan membalasnya dalam pelbagai bentuk kebaikan.



13. Ziarah Kasih Ramadan di Kg Masjid Lama 

Lelaki ini berumur 50an tinggal sebatang kara di teratak buatannya sendiri. Daripada perbualan dengan saya, ceritanya tidak konsisten, saya agak beliau mempunyai kelainan upaya dari segi mental. Beliau tidak pernah menerima apa-apa bantuan daripada mana-mana agensi kerana beliau sudah kehilangan kad pengenalannya agak lama. Beliau bekerja mengutip kerang, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tetapi beliau tetap redha dan bersyukur dengan apa yang ada.



Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana setiap program yang telah dirancang telah berjaya dilaksanakan dan mencapai sasaran. Walaupun segala usaha mencari dana dan  sumbangan berjaya disampaikan kepada penerimanya bagi mengurangkan beban yang ditanggung, tetapi bagi diri saya, kerja-kerja ini mendidik jiwa kita sepanjang dalam Universiti Ramadan pada tahun ini. Insha Allah, gerak kerja sebegini akan dipergiatkan pada masa akan datang melalui kerjasama yang lebih erat dengan NGO-NGO yang berkaitan.

Akhir sekali, ikhlas daripada saya dan keluarga, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah swt.


Comments