KETAGIHAN MEMBAWA KEMUSNAHAN

Rentetan kempen perangi dadah habis-habisan di Kg Tengah, Kuala Kedah, saya bersama AADK Kota Setar dan JKKK kampung sekitar memasang stiker anti dadah di setiap rumah penduduk dan memasang streamer anti dadah di dalam kawasan kampung. Ini adalah bagi mewujudkan kawasan ini sebagai zon bebas dadah dan ketum secara psikologi dan sebagai ikrar ahli keluarga untuk membebaskan diri dari belenggu najis dadah.




Jauhi dadah dan ketum - Ketagihan membawa kemusnahan merupakan slogan saya bersama AADK Kota Setar dalam kempen perangi dadah habis-habisan di Kuala Kedah. Agak mengecewakan ketika kita bertungkus lumus berperang di akar umbi membersihkan generasi muda kita daripada dadah dan ketum, ada pula cadangan daripada pihak atasan yang mahu menjadikan ketum sebagai satu industri eksport.

Stiker yang dilekatkan di setiap rumah di Kg Tengah, Kuala Kedah

Streamer di jalan-jalan kampung dalam Kg Tengah
Jika dalam satu peperangan, apabila kita berjaya menakluk ibu pejabat musuh bermakna kita semakin menghampiri kemenangan. Kami bergotong-royong dan memasang banner dan stiker anti dadah di bawah Jambatan Tok Pasai yang menjadi sarang utama penagihan dadah di Kuala Kedah.






Comments