KARNIVAL LESTARI KUALA KEDAH BEBAS DADAH 2016



Karnival Lestari Kuala Kedah Bebas Dadah 2016 dirasmikan oleh YB Dato' Suraya Yaacob, Exco Kerajaan Negeri Kedah pada 18 November 2016 bertempat di Muzium Kota Kuala Kedah. Kempen nelayan anti dadah turut dilancarkan. Program hasil inisiatif saya sebagai ikon AADK ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan dan mendapat kerjasama yang baik daripada 27 pengerusi JKKK dalam Mukim Kuala Kedah. Turut hadir adalah Tuan Abdul Rahman bin Haji Hamid, Pengarah (Pencegahan) AADK Malaysia. Antara pengisian program adalah fun ride kanak-kanak, pameran Piala Malaysia,sepak raga tuju belia, pertandingan aspek wanita, peraduan mewarna kanak-kanak tadika dan pameran agensi kerajaan.















Antara aktiviti-aktiviti yang diatur untuk kanak-kanak di Kuala Kedah sempena Karnival Lestari Kuala Kedah Bebas Dadah 2016 adalah fun ride, walkabout edar risalah anti dadah, peraduan mewarna, cabutan bertuah dan bolasepak kanak-kanak. Inilah wajah-wajah yang akan diselamatkan sekiranya Perangi Dadah Habis-habisan Kuala Kedah ini mencapai kejayaan.





Fun ride melibatkan hampir 100 orang kanak-kanak dari sekitar Kuala Kedah bertujuan memupuk sikap benci dadah melalui walkabout sambil mengedarkan risalah anti dadah di sekitar pasar Tandop Kubang Rotan.






Pertandingan sepak raga tuju turut diadakan. Penyertaan hampir 30 pasukan. Tahniah kepada semua pemenang.






Terima kasih AADK Kota Setar dan AADK Negeri Kedah, semua JKKK yang terlibat dan pihak muzium dalam membantu menjayakan karnival ini. Semoga program ini mendatangkan kegembiraan kepada penduduk Kuala Kedah dan memberi makna kepada perjuangan membanteras dadah di Kuala Kedah. Insha Allah semoga gerakan masyarakat sivil ini akan mencapai kejayaan.





 


Comments