DETIK-DETIK BERMAKNA 2016

Tahun 2016 bakal meninggalkan kita. Walaupun pelbagai kisah suka dan duka ditempuhi tetapi setiap daripadanya tetap akan meninggalkan kesan dan memori dalam hidup kita. Tahun 2016 merupakan tahun yang mana saya telah mendapat semula momentum dalam mengerakkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang bermanfaat. Tahun 2016 juga telah memberikan saya banyak pengiktirafan dan kejayaan serta tanggungjawab baharu yang perlu dipikul demi maslahat masyarakat. Walaupun ada juga kegagalan dan perancangan yang tidak atau belum menjadi, ia akan menjadi pengajaran yang berguna dan kita harus terus memandang ke hadapan untuk melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Tugas kita hanya merancang tetapi perancangan Tuhan itu lebih baik dan sememangnya terbaik untuk kita.

Program 2016 saya bermula dengan Seminar Pengurusan Diabetes di Sik dan pada bulan Februari pula Myfest Darulaman 2016 yang merupakan satu projek mega telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kemudian saya terpilih sebagai tokoh belia negeri Kedah dan tercalon sebagai finalis tokoh belia peringkat kebangsaan. Selepas bulan Jun 2016, aktivti saya banyak tertumpu kepada program anti dadah selepas dilantik sebagai ikon AADK Negeri Kedah sempena program perangi dadah habis-habisan. Sebagai Timbalan Pengerusi Diabetes Malaysia Negeri Kedah, dua program yang telah berjaya dilaksanakan hasil inisiatif saya adalah Bengkel Pengurusan Diabetes dan Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Negeri Kedah. Di penghujung 2016, saya menerima dua tanggungjawab baharu iaitu telah dipilih sebagai Pengerusi Lembaga Pelawat Psikiatri, Hospital Sultanah Bahiyah dan Pengerusi Negeri Kedah, Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM). Walaupun 2016 adalah tahun terakhir saya berkhidmat sebagai Exco Majlis Belia Negeri Kedah, tetapi tanggungjawab sebagai YDP GPMS Kuala Kedah akan saya teruskan sehingga 2018. Khidmat bakti sebagai Pengerusi JKKK Kg Kompleks akan diteruskan dan akan dipergiat lagi kerana ia adalah kampung tempat tumpah darah saya. 

Berikut adalah detik-detik bermakna saya sepanjang 2016 :

Ucapan aluan Myfest Darulaman 2016

Perasmian Myfest Darulaman oleh YAB Menteri Besar Kedah

Ceramah di seminar pengurusan diabetes di Sik

Program penyerahan zakat Pharmaniaga di Pantai Merdeka

Program ziarah dan penyampaian bantuan JKKK Kg Kompleks 

Ceramah kesan tekanan terhadap kesihatan penjawat awam anjuran LPPKN di INTAN Sg Petani

Klinik Prihatin Kg Tengah, Kuala Kedah sempena Hari Tibi Daerah Kota Setar

Jawatankuasa Diabetes Malaysia Negeri Kedah 2015-2017

Membentangkan usul di Majlis Perundingan Belia Negeri Kedah 2016

Sukaneka rakyat di Tanjung Besar, Kubang Rotan

Bergotong royong di tempat sarang penagihan dadah di Seberang Kota, Kuala Kedah bersama Penolong Pegawai Daerah Kota Setar dan Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar

Di temuduga sebagai finalis calon Anugerah Perdana Belia Negara 2016 di Kementerian Belia dan Sukan
Bersama-sama calon finalis Anugerah Tokoh Belia Negeri Kedah


Menguruskan kemasukan semula dua beradik yang tercicir ke sekolah SMK Seri Pantai  akibat kesempitan hidup dan masalah keluarga

Berucap sebagai Ketua Cawangan Umno Kg Kompleks di persidangan tahunan cawangan

Bergambar bersama pengetua dan pelajar sekolah di SMK Seri Gunong yang terlibat dalam program Sesi Kongsi Pengalaman (SKOP) Kerjaya di Pelantar Minyak bersama Kapten Muhasa, seorang jurutera marin Syarikat Aramco, Arab Saudi. Program SKOP ini turut diadakan di SMK Seri Pantai, SMK Tunku Laksamana dan SMK Kubang Rotan.

Ziarah keluarga 7 anak yatim yang kehilangan ayah mereka akibat penyakit buah pinggang di Tanjung Besar, Kuala Kedah

Menerima anugerah Tokoh Belia Negeri Kedah 2016 daripada YB KJ, Menteri Belia dan Sukan 

Bersama-sama pemenang-pemenang yang lain

Bersama Jawatankuasa Diabetes Malaysia Daerah Baling selepas menyampaikan ceramah di program pra-Ramadan di Hospital Baling 

Bersama Puteri UMNO Tampin selepas menyampaikan ceramah kesihatan di program Free Market Tampin, Negeri Sembilan

Program Doktor Masuk Kampung di PRK Kuala Kangsar

Walkabout bulan Ramadan bersama AADK sambil menyampaikan sumbangan dan risalah anti dadah di Kg Kompleks

Majlis Sentuhan Kasih Ramadan di TH Hotel yang meraikan anak-anak yatim di sekitar Anak Bukit

Perjumpaan dengan YB Dato' Suraya Yaacob, Exco Kerajaan Negeri Kedah bersama AADK Kedah berkenaan program perangi dadah habis-habisan Kuala Kedah

Membeli-belah baju raya untuk 9 beradik dari sebuah keluarga miskin di Alor Senjaya, Anak Bukit

Ziarah adik Ieman yang mengidap penyakit jantung berlubang dan masalah paru-paru di Taman Kota Nelayan 

Pertemuan dengan Datuk Dr Puad Zarkashi, Ketua Pengarah JASA untuk berbincang program Biro Latihan, Alumni Kelab UMNO Luar Negara

Program Sesi Kongsi Pengalaman (SKOP) di SMK Wan Mat Saman, Alor Setar

Di program Komuniti Angkat HIV Kg Tengah, Kuala Kedah

Perjumpaan Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah bersama Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr Hilmi Yahya

Program Pemerkasaan Komuniti JKKK di Dewan Kg Tengah, Kuala Kedah yang dirasmikan oleh Dato' Izhar Abu Talib, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Malaysia

Menerima geran tahunan Yayasan Sultanah Bahiyah bagi pihak Diabetes Malaysia Negeri Kedah yang disampaikan oleh YTM Tunku Panglima Besar, Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Sultan Abdul Halim

Bersama guru-guru sukarelawan dan pelajar-pelajar Klass of Hope, tuisyen percuma UPSR yang dikendalikan oleh Good Deeds Malaysia dan GPMS Kuala Kedah di SK Haji Salleh Masri

Kedah Diabetes Workshop 2016 di Kelab Bandar Laguna Merbok

Klinik Prihatin di Kg Benua, DUN Pengkalan Kundur

Program kemerdekaan anjuran Tadika Kemas DUN Anak Bukit

Program ziarah bayi merdeka di Hospital Sultanah Bahiyah bersama Pengarah RELA Negeri Kedah

Program sumbangan bayi merdeka bersama Pengarah Kesihatan dan Pengarah AADK Negeri Kedah di Hospital Sultanah Bahiyah 
Ucapan terakhir sebagai Exco Majlis Belia Negeri Kedah

Perbincangan bersama Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kebajikan Produktif, Jabatan Kebajikan Masyarakat di Putrajaya berkenaan mewujudkan skim keusahawanan telco untuk penerima bantuan JKM

Sembang santai antara Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO bersama NGO Persatuan Solidariti Nasional (Persona) Negeri Kedah

Menemubual pengguna-pengguna dadah sebelum mereka dihantar ke pusat pemulihan. Saya terlibat secara langsung dengan membuat pengesahan sebagai pengamal perubatan mengikut Akta Penagih Dadah 1983 (Rawatan dan Pemulihan) Pindaan 1998 Seksyen 8(3)(a)

Selepas selesai taklimat kepada Tuan Abdul Rahman Hamid, Pengarah Pencegahan AADK Malaysia berkenaan perkembangan program perangi dadah habis-habisan di Kuala Kedah

Di Mesyuarat Tindakan Membanteras Dadah Negeri Kedah

Hari Sukan Negara 2016 JKKK Kg Kompleks

Selepas peperiksaan akhir klinikal MRCP (UK) PACES di Hospital Sungai Buloh. Walaupun belum ada rezeki, insha Allah usaha akan diteruskan untuk bergelar pakar perubatan (physician) satu hari nanti. Saya akan terus mencuba selagi diberi peluang.  

Temubual sebagai ikon AADK Kedah di stesen radio KedahFM

Taklimat anti dadah di Kem Solat kanak-kanak di Masjid Putra, Kuala Kedah. Tiga kem solat dianjurkan, dua lagi di Masjid Al-Makrufi, Taman Kota Nelayan dan Masjid Telok Chengai

Kem Solat Kanak-Kanak di Masjid A-Makrufi, Taman Kota Nelayan
Ceramah kesan dadah kepada kesihatan kepada Orang Kena Pengawasan (OKP) di bawah AADK Kubang Pasu

Hari Kesihatan Mental Negeri Kedah di IPK Kedah dengan kerjasama PDRM Kedah

Karnival Lestari Kuala Kedah Bebas Dadah di Muzium Kota Kuala Kedah

Pameran Piala Malaysia turut diadakan
Seminar Pemerkasaan Komuniti NGO dan Belia di Dewan LKIM, Keloncor

Ceramah motivasi di Kem SHIELDS - pencegahan dadah untuk remaja di Kem Nature Park, Yan

Di Mesyuarat Tindakan Membanteras Dadah Daerah Kota Setar

Bersama sukarelawan-sukarelawan COMBI yang kini berperanan bukan sahaja berperang dengan denggi malah juga dengan ancaman dadah di Kuala Kedah

Kursus Asas Psikiatri dan Taklimat Akta Kesihatan Mental dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Kedah

Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah di Perhimpunan Agung UMNO 2016

Membuat pelepasan lebih 500 peserta Kedah Diabetes Fun Run sempena Hari Diabetes Sedunia 2016 Peringkat Negeri Kedah


Perasmian Hari Diabetes Sedunia 2016 Peringkat Negeri Kedah oleh YB Dato' Dr Leong Yong Kong, Exco Kesihatan Negeri Kedah di Aman Central

Menerima sijil penghargaan sebagai AJK Pertubuhan Alumni Kelab UMNO Luar Negara 2014-2016 daripada YB Datuk Ahmad Maslan. Saya masih kekal dipilih sebagai AJK untuk berkhidmat bagi sesi 2016-2018


Tanggungjawab baharu sebagai Pengerusi Lembaga Pelawat Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah bagi tahun 2017

Kunjungan hormat ke atas Pengarah KPDNKK Negeri Kedah bersama kepimpinan Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM)



Program Pemerkasaan Komuniti Bebas Dadah dan Bag2School yang dirasmikan oleh Pengarah AADK Negeri Kedah

Menerima sijil perlantikan sebagai Pengerusi Negeri Kedah, Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) daripada Dr Lee Nan Sang, Timbalan Presiden LPKPM 

Majlis Perpisahan Dato' Dr Ahmad Rasidi bin M. Saring, Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Bahiyah yang akan bertukar ke Hospital Ipoh mulai tahun hadapan. Beliau menerima cenderamata daripada Lembaga Pelawat Psikiatri sebagai tanda kenangan dan penghargaan di atas khidmat bakti beliau.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak di atas setiap kerjasama yang diberikan bagi memastikan semua program ini berjaya dilaksanakan dan  mencapai sasarannya. Apa yang penting, masyarakat yang mendapat manfaat daripada setiap kejayaan program-program ini. 

"That person then, whoever it may be, whose mind is quiet through consistency and self control, who finds contentment in himself, who neither breaks down in adversity nor crumbles in fright, nor burn with any thirsty need nor dissolves into wild and futile excitement, that person is the wise one we are seeking, and that person is happy. " 
-Cicero in Tusculan Disputation-

SELAMAT  TAHUN BAHARU 2017
Semoga tahun 2017 akan menjanjikan lebih banyak kejayaan, kebahagiaan dan keberkatan untuk kita dan keluarga demi membawa kerahmatan untuk masyarakat dan negara. 



Comments