'MANISKAH ANDA?' : SAMBUTAN HARI DIABETES SEDUNIA 2016 PERINGKAT NEGERI KEDAH

Program Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Negeri Kedah 2016 telah berlangsung pada 10 Disember 2016 bertempat di Aman Central, Alor Setar dan telah dirasmikan oleh YB Dato' Dr Leong Yong Kong, Exco Kesihatan Negeri Kedah. Program World Diabetes Day (WDD) ini adalah anjuran bersama Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Kedah dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah serta Persatuan Profesional dan Usahawan Negeri Kedah (PEAKS). Acara yang julung-julung kalinya dianjurkan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat terutamanya acara fun run yang mendapat penyertaan melebihi 500 orang peserta. Antara acara lain adalah pemeriksaan saringan diabetes, klinik berhenti merokok, demonstrasi masakan menu sihat, pameran diabetes, kaunter khidmat nasihat farmasi, ujian kecergasan fizikal oleh pasukan fisioterapi dan diakhiri dengan aktiviti senaman Zumba. Pada majlis perasmian juga, kempen 'Maniskah Anda?' telah dilancarkan oleh YB Exco bagi menimbulkan kesedaran masyarakat untuk mengetahui paras gula dalam darah masing-masing. 
















Fun Run sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Negeri Kedah 2016 mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan lebih 500 orang peserta. Semoga program sebegini dapat dijadikan acara tahunan di Alor Setar. Saya sebagai Timbalan Pengerusi Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Kedah telah diberi penghormatan untuk membuat pelepasan peserta.






Sebagai pengarah program saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan semua pihak yang turut sama menjayakan dan memeriahkan program ini. Walaupun berbagai-bagai halangan, WDD ini dapat dilaksanakan juga dengan lancar. Saya mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan dan setiap kelemahan akan kita perbaiki pada masa akan datang memandangkan ini adalah WDD peringkat negeri pertama kita selepas 10 tahun (akhir sekali dianjurkan pada tahun 2006). Sememangnya kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak tetapi apa yang penting program berjalan lancar dan masyarakat mendapat manfaat daripada usaha kita. Tuhan saja membalas jasa anda semua.






Jumpa lagi pada WDD tahun hadapan. 

Cegah diabetes melalui gaya hidup sihat.
#eyesondiabetes

Comments