PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2016

Pada tahun ini, sekali lagi saya terpilih sebagai perwakilan Umno Bahagian Kuala Kedah. Alhamdulilah buat kali-6 sejak tahun 2010 saya terpilih sebagai perwakilan G7 Umno Bahagian Kuala Kedah ke Perhimpunan Agung Umno 2016. Secara keseluruhannya ini kali ke-10, apabila sebelum ini saya pernah mewakili Kelab Umno Ireland sebanyak 4 kali ke perhimpunan agung bermula tahun 1997. 

Sejak menjadi ahli Umno pada tahun 1996, perjuangan politik saya masih konsisten dan mendapat peluang ke perhimpunan agung adalah satu suntikan semangat yang tidak dapat diperoleh di mana-mana. Di perhimpunan agunglah menjadi tempat kita memperbaharui semangat perjuangan dan memahami erti perjuangan politik yang sebenar. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan. Jangan sokong parti hanya apabila kita berjawatan sahaja. Sokonglah parti pada setiap masa kerana kesetiaan adalah elemen utama yang menunjangi kejayaan perjuangan sesebuah parti politik.



Ketika mendengar ucapan perasmian YAB Presiden UMNO


Bersama sahabat alumni Kelab UMNO Jordan

Sahabat-sahabat alumni Kelab UMNO dan perwakilan kelab UMNO luar negara. Salah seorangnya, di sebelah kanan saya adalah pengerusi wanita pertama Kelab UMNO Ireland (Dublin)

Di majlis jamuan makan malam Presiden UMNO



Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah

Perjumpaan Datuk Ahmad Maslan sebagai Pengerusi Alumni Kelab UMNO bersama perwakilan kelab UMNO luar negara

Perjumpaan dengan Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO


Pada akhir ucapan dasar YAB Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah membaca satu doa yang cukup menyentuh hati para perwakilan termasuk saya sendiri. Di sini saya ingin berkongsi doa ini agar kita sentiasa diingatkan tentang perjuangan bangsa dan natijahnya jika kita mengabaikan perjuangan suci ini demi masa hadapan anak cucu kita :   

BismillahirRahmanirRahim, 

 Ya Allah kau selamatkanlah dan berkatilah bangsa bertuah ini, parti yang berkeramat ini, dan negara yang tercinta ini.
Ya Rabbi, Kerana di sinilah kami lahir, tumpah dan menitiknya darah kami, di sinilah kami dibesarkan, di tanah dan perwilayahan ini kami berjuang serta di persempadanan ini juga kami akan disemadikan satu hari kelak.
Oleh itu, sesungguhnya Ya Tuhan kami, jika kau yang tidak memberi pertolongan, taufik dan hidayah, maka, pada siapalah lagi dapat kami bergantung dan meletakkan urusan hidup serta mati kami juga anak cucu kami.
Janganlah diKau Ya Ilahi Rabbi, biarkan, tanahair ini, nasib bangsa ini, jatuh ke tangan pengkhianat dan pendurjana.
Duhai Sang Yang Maha Berkuasa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Kau berilah kesentosaan kepada Bangsa Melayu, Parti UMNO dan Rakyat sekalian serta datangkanlah bahagia pada tanahair ini.
Sesungguhnya, Ya Tuhan Yang Maha Agung,kami berjanji akan berjuang bermati-matian hingga ke titisan darah yang terakhir, biarpun nyawa kami ditukar ganti. 

Amin Allahumma Amin!

Comments