FORUM PEMERKASAAN KOMUNITI BELIA BEBAS DADAH 2017


Pada 7hb Februari 2017, saya telah dijemput menjadi salah seorang panel forum di International Workshop Empowering Youth for Drug Free Community (iEYDFC) 2017 anjuran Asia Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN), AADK dan USIM. Saya berkongsi pengalaman sebagai ikon AADK dalam program perangi dadah habis-habisan terutamanya di Kuala Kedah dan perancangan pembangunan Lestari Kuala Kedah. Kursus iEYDFC ini berlangsung dari 5hb hingga 8hb Februari 2017 bertempat di Pusat Latihan AADK, Sungai Petani dihadiri oleh hampir 300 peserta yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin pelajar sekolah dan IPTA, pegawai JKM, pegawai farmasi, pelajar sarjana kaunseling dan pemimpin-pemimpin belia.




Bersama Pengarah Asian Centre for Research on Drug Abuse (ACREDA), USIM dan ahli-ahli panel forum


Forum yang bertajuk 'Drug Invasion and the Role of Youth and Community' ini turut disertai oleh Haji Ramli Samad dari Malaysian Against Substance Abuse Council (MASAC) dan Saudara Khairul Amir Fadzalih dari iM4u sebagai ahli panel. Tahniah diucapkan kepada pihak USIM dan AADK di atas inisiatif memperkasa golongan belia dalam memerangi dadah dalam masyarakat.

Comments