MTMD NEGERI KEDAH BIL 1/2017


Pada 6 Februari 2017, telah berlangsung Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Bil 1/2017 yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md Hanipah, Menteri Besar Kedah. Turut hadir adalah YB Dato' Dr Leong Yong Kong dan YB Tajul Urus Md Zain, Exco Kerajaan Negeri Kedah, Ketua Pengarah AADK Malaysia, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Pegawai Kewangan Negeri, Ketua Polis Negeri Kedah, Pegawai-pegawai daerah dan pelbagai lagi ketua agensi dan jabatan di peringkat negeri dan persekutuan. 

Agenda mesyuarat kali ini adalah pembentangan program Jihad Membanteras Dadah oleh Dato' Ketua Polis Negeri, Program Anak Warisan Negara (AWAN) oleh Penolong Pengarah Pendidikan Negeri, program transformasi flat Paya Nahu dan pencapaian program pembangunan Kuala Kedah Lestari yang saya terlibat secara langsung, yang dibentangkan oleh Penolong Pengarah AADK Kedah, En Azhar Kamaruddin bin Saidin.






Bersama Dato' Dr Abd Halim bin Mohd Hussin, Ketua Pengarah AADK Malaysia.
Beliau berkata "Dr Zaki, I heard a lot of good things about you. Keep up the good work"

Mesej yang disampaikan dalam MTMD kali ini oleh YAB Menteri Besar Kedah kepada pemimpin dan masyarakat di negeri Kedah adalah masalah penyalahgunaan dadah di Kedah ini benar dan semua pihak wajib memainkan peranan masing-masing secara serius dan bersungguh-sungguh. Semoga segala perancangan akan berjalan lancar dan menepati sasaran yang dimatlamatkan.

Comments