ANUGERAH HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2017

Pada 18 Mac 2017, telah berlangsung sambutan Hari Penjara ke 227 dan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2017 yang dijalankan secara NBOS antara Jabatan Penjara Malaysia dan AADK yang telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri. Buat julung-julung kalinya saya telah diberi pengiktirafan untuk menerima anugerah penghargaan kategori komuniti peringkat kebangsaan daripada AADK di atas sumbangan bakti saya sebagai ikon anti dadah di Kuala Kedah dan negeri Kedah. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada AADK Kota Setar, AADK Kedah, pasukan Combi, semua JKKK Parlimen Kuala Kedah dan semua pihak dan agensi yang sentiasa membantu gerak kerja pembanterasan dadah di Kuala Kedah khususnya dan negeri Kedah amnya. 

Saya menerima anugerah khas ini di atas kesungguhan mengerakkan program pencegahan, rawatan dan pemulihan dalam komuniti sempena Hari Antidadah Kebangsaan 2017 yang berlangsung di Penjara Simpang Renggam, Kluang, Johor. Majlis penyampaian sijil disempurnakan oleh YB Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri mewakili YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri.
Alhamdulilah dan terima kasih AADK Malaysia di atas pengiktirafan ini.

                                      







                         Bersama Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar, En Syafrie


Bersama YB Dato' Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri, KSU KDN, TKSU KDN, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Ketua Pengarah AADK Malaysia, Pengarah Pencegahan dan Pengarah Penguatkuasaan AADK Malaysia
Terima kasih Pengarah AADK Negeri Kedah dan pegawai-pegawai AADK Negeri Kedah serta AADK Daerah Kota Setar yang memberi kepercayaan kepada saya untuk berkhidmat sebagai ikon antidadah negeri dan sentiasa menyokong setiap program yang dianjurkan. Penghargaan ini telah menyuntik semangat saya untuk terus memperhebat lagi program-program pendidikan, pencegahan, pemulihan dan rawatan di peringkat komuniti. 

Comments