SEMINAR KESIHATAN MENTAL DAERAH KOTA SETAR 2017

Pada 25 Mac 2017, Seminar Kesihatan Mental Pemimpin Komuniti Daerah Kota Setar 2017 telah diadakan di Auditorium Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Dr Leong Yong Kong, Exco Kesihatan Negeri Kedah dan yang turut hadir adalah Dato' Dr Norhizan Ismail, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah. Antara yang hadir sebagai peserta adalah Pengerusi-pengerusi JKKK dalam daerah Kota Setar, wakil-wakil NGO, staf kesihatan dan masyarakat awam. Semoga semua peserta yang hadir memperoleh ilmu yang bermanfaat. Program anjuran Lembaga Pelawat Psikiatri HSB dan Pejabat Daerah Kota Setar ini mempunyai pengisian ceramah antaranya pengenalan gejala penyakit mental, pengurusan stres dan penyalahgunaan dadah sebagai penyebab penyakit mental serta taklimat program perangi dadah habis-habisan oleh AADK Negeri Kedah.
          















Ini adalah program pertama anjuran Lembaga Pelawat Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Setar pada tahun ini. Semoga program ini mampu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kesihatan mental dan bagaimana penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan berlakunya penyakit mental. Saya selaku Pengerusi Lembaga Pelawat Psikiatri mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan seminar ini.

Comments