KAJIAN INDEKS KESEJAHTERAAN KELUARGA KOMUNITI KG TENGAH

Pada 17 dan 18 April 2017, telah diadakan pelaksanaan kajian indeks kesejahteraan keluarga (IKK) sebagai fasa pertama program Family and Community Empowerment (FACE) komuniti Kg Tengah. Program ini melibatkan 8 JKKK dalam komuniti Kg Tengah. Kajian IKK ini memerlukan 400 orang responden yang ditemubual oleh lebih kurang 30 orang sukarelawan. Program FACE ini adalah fasa kedua strategi program perangi dadah habis-habisan dan pembangunan Kuala Kedah Lestari yang melibatkan inisiatif pembangunan keluarga dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Kedah.











Saya turut bertugas sebagai sukarelawan bagi menemubual penduduk kampung untuk kajian indeks kesejahteraan keluarga di bawah kelolaan LPPKN ini. Ini merupakan satu cara saya dapat memahami permasalahan dan aspirasi orang kampung. 





Majlis penutup dan penyampaian sijil sukarelawan disempurnakan oleh Tuan Mohammad Mizal bin Mohammad Noor, Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Kedah. Perlantikan setiap Pengerusi JKKK sebagai Family Champion setiap domain turut diadakan.

Terima kasih kepada pihak LPPKN kerana sudi memilih komuniti Kg Tengah sebagai lokasi untuk pelaksanaan program FACE dan kajian IKK ini. Saya kagum melihat kesungguhan dan komitmen para sukarelawan yang terdiri daripada semua pengerusi JKKK dan penduduk setempat dalam menjalankan temubual untuk kajian ini. 



Tahniah semua petugas sukarelawan kajian indeks kesejahteraan keluarga (IKK) komuniti Kg Tengah. Saya dimaklumkan oleh pihak LPPKN bahawa program ini telah berjaya mendapatkan 454 orang responden iaitu melebihi daripada sasaran 400 orang yang ditetapkan. Setelah selesai proses analisa data dijalankan oleh pihak LPPKN Pusat, kita akan mendapat tahu daripada hasil kajian iaitu domain mana yang perlu penambahbaikan. Ini seterusnya akan membolehkan kita untuk merancang pelaksanaan aktiviti dan program intervensi  demi pembangunan keluarga yang lebih mapan di Kuala Kedah.


Comments