PENGHARGAAN KETUA POLIS KEDAH SEMPENA HARI POLIS KE-210

Pada 27 April 2017, satu majlis penyampaian sijil penghargaan Ketua Polis Kedah dan cenderamata 'Friends of Police' oleh YDH Tuan SAC Hashim bin Ali, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, PDRM Kedah telah diadakan atas sumbangan saya dalam usaha pembanterasan dadah di Kuala Kedah dan negeri Kedah. Sepatutnya saya menerima sijil ini pada bulan lepas sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke 210 tetapi disebabkan saya tiada kesempatan masa maka saya menerimanya dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Terima kasih YDH Dato' Ketua Polis Kedah dan PDRM Kedah di atas pengiktirafan ini. 

Polis dan masyarakat berpisah tiada.

                   







Comments