PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN KG KOMPLEK 2017


Pada 7 April 2017, telah selesai tanggungjawab saya sebagai ketua cawangan bagi melaksanakan persidangan tahunan Umno Cawangan Kg Komplek, Kuala Kedah bagi tahun 2017 ini. Berdasarkan rekod yang ada pada saya, cawangan saya ini ditubuhkan pada 1988 dan arwah ayahanda saya merupakan ketua cawangan ketika itu. Saya tidak pasti kewujudan cawangan ini sebelum krisis Umno 1987. Walau apapun Umno Cawangan Kg Komplek sangat besar jasanya kepada penduduk kampung sepanjang 30 tahun yang lepas.




Dalam ucapan, saya memberi penjelasan berkenaan isu-isu nasional terutamanya RUU 355 untuk meningkatkan pemahaman ahli-ahli dan isu tempatan pula adalah berkenaan program perangi dadah habis-habisan yang sedang saya gerakkan di Kuala Kedah. Terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan mesyuarat agung pada tahun ini.

Comments