KEM SHIELDS AADK KOTA SETAR

Pada 7hb hingga 9hb Mei 2017, telah berlangsung Kem SHIELDS AADK dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Batalion 19 Mechanize, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Tentera Darat, Lapangan Terbang Sungai Petani. Peserta adalah remaja-remaja berisiko tinggi dari sekolah-sekolah dalam Parlimen Kuala Kedah iaitu SMK Seri Pantai, Kubang Rotan, Seri Gunong, Seri Ampang dan Tunku Laksamana. Program dirasmikan oleh Penolong Pengarah AADK Negeri Kedah. Turut hadir adalah Tuan Leftenan Kolonel Ridzwan Abdul Majid, Pegawai Pemerintah Kem Batalion 19, RAMD. Semoga dengan penyertaan dalam kem Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS) ini dapat mengembalikan para peserta ke pangkal jalan kerana kebanyakan daripada mereka mempunyai potensi yang besar untuk berjaya jika elemen disiplin kendiri dapat diterapkan dalam diri mereka.
                                     







Saya telah berpeluang untuk menaiki kereta kebal Gempita ketika kursus ini berlangsung. Kereta kebal ini bernilai hampir RM30 juta dan rekaan asalnya adalah dari negara Turki tetapi teknologinya telah dipelajari dan diubahsuai oleh jurutera tempatan. Atas faktor kerahsiaan aset pertahanan negara, saya tidak dapat berkongsi gambar ketika menaiki kereta kebal Gempita ini.  Walau bagaimanapun, sebagai orang awam yang dapat menaiki Gempita ini merupakan satu pengalaman yang menarik.

                                            


Usaha menyelamatkan anak bangsa di sekolah daripada terjerumus dalam gejala sosial, kem seperti ini akan dijalankan secara berterusan agar para remaja kita matang dan mampu membuat keputusan yang tepat demi masa hadapan mereka. Terima kasih diucapkan kepada pihak ATM terutamanya pihak Kem Batalion 19 RAMD kerana sudi menjadi tuan rumah dan bertindak sebagai fasilitator kepada para peserta. Kerjasama antara AADK dan ATM ini adalah sesuatu yang boleh dicontohi untuk sama-sama membimbing belia-belia kita ke arah cara hidup yang lebih positif.  

                                    

                                    

                                   


Comments