KEM SHIELDS PERDANA PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Program SHIELDS Perdana Peringkat Kebangsaan 2017 telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Diraja Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia pada 12 Mei 2017. Program yang diadakan dari 11 Mei hingga 14 Mei 2017 ini di Kolej Mara Kuala Nerang adalah anjuran bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kem ini mengumpulkan lebih 500 pelajar berisiko tinggi dari seluruh Malaysia.
                                     








Tiga Zaki dalam AADK Kedah. Seorang Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) AADK Negeri Kedah, seorang lagi Ketua Pegawai AADK Daerah Kubang Pasu. Saya sebagai ikon AADK menambahkan lagi kekeliruan yang sedia ada.

Dalam ucapan perasmian YB Menteri Pendidikan telah memperkenalkan satu slogan yang sememangnya merupakan satu realiti iaitu 'Dadah : Ejen Pemusnah Generasi Bangsa'. Slogan ini sangat relevan dan tepat jika berdasarkan realiti yang berlaku pada hari ini. Menurut beliau juga kerjasama NBOS antara sekolah dan agensi-agensi yang berkaitan untuk memerangi dadah akan dimantapkan di peringkat daerah. Dalam konteks perangi dadah habis-habisan di Kuala Kedah, kerjasama NBOS ini sudah bermula lebih awal apabila tertubuhnya Jawatankuasa Pembangunan Kuala Kedah Lestari yang dianggotai oleh wakil-wakil pelbagai agensi dalam daerah Kota Setar.

Comments