PROGRAM PENCEGAHAN DADAH PARLIMEN POKOK SENA

Pada 8 Mei 2017, saya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah pencegahan dadah dan pemerkasaan komuniti sempena Pelancaran Program Pencegahan Dadah dan Anak Warisan Negara (AWAN) Parlimen Pokok Sena di SMK Pokok Sena 2. Program dirasmikan oleh YBhg Dato' Said Ali bin Said Rastan, Ketua Umno Bahagian Pokok Sena. Program anjuran Biro Pendidikan Umno Pokok Sena ini dihadiri oleh pengerusi JKKK, tok imam, ibu bapa dan pelajar-pelajar dalam Parlimen Pokok Sena. Saya harap mesej saya dapat difahami demi mendaya-upayakan komuniti di Pokok Sena bagi membanteras dadah habis-habisan.
                                      













Terima kasih Biro Pendidikan Umno Bahagian Pokok Sena kerana sudi menjemput saya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Insha Allah saya akan terus komited membantu dalam usaha-usaha pembanterasan dadah di Negeri Kedah.

Comments