MAJLIS SENTUHAN KASIH RAMADAN 1438H

Majlis Sentuhan Kasih Ramadan 1438H bertempat di Hotel Grand Alora, Alor Setar telah berlangsung pada 17 Jun 2017 bersamaan 22 Ramadan 1438H. Program diadakan bagi meraikan 100 orang anak yatim dan ibu tunggal dalam Parlimen Kuala Kedah. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Profesional dan Usahawan Negeri Kedah (PEAKS) dengan kerjasama Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Kuala Kedah dan JKKK Parlimen Kuala Kedah. Antara Pengerusi JKKK yang hadir adalah Pengerusi JKKK Alor Janggus, Padang Lalang, Rumah Pangsa Seberang Perak, Teluk Chengai Luar, Lemping, Kg Pekan Kubang Rotan dan Keloncor. Turut hadir adalah Puan Hajjah Zainab binti Mat, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Kuala Kedah, En Mohd Syafrie bin Shamsudin, Ketua Pegawai AADK Kota Setar dan En Mohd Shukri bin Hussain, Ketua Unit Penguatkuasaan AADK Kota Setar. Program ini sudah menjadi satu program tradisi dan ini merupakan kali ke-6 ia dianjurkan.






Dalam ucapan saya, saya meminta setiap anak-anak yatim ini menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang akdemik kerana dengan kejayaan akademik sahaja mereka dapat meningkatkan taraf hidup diri sendiri dan keluarga. Saya memperjelas konsep ''Mundanity of Excellent'' seperti yang diamalkan oleh Michael Phelps, perenang Amerika Syarikat sehingga berjaya memenangi 23 pingat emas olimpik, iaitu bagaimana kaedah latihan dan disiplin yang beliau amalkan untuk mencapai kejayaan. Pada masa yang sama juga saya mengingatkan agar mereka menjauhi dadah kerana ia boleh membunuh masa hadapan mereka. Para pengerusi JKKK juga dialu-alukan untuk bersama-sama menggiatkan lagi gerak kerja pencegahan dadah di kawasan masing-masing.







Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada yang memberi sumbangan atau yang menjayakan penganjuran ini. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya. Jelas kelihatan sinar kegembiraan pada wajah anak-anak yatim ini ketika berbuka puasa dan menerima duit raya. Saya sebagai seorang anak yatim juga, amat memahami perasaan anak-anak ini menjelang hari raya dan pastinya program sebegini akan diteruskan sebagai bakti saya dan PEAKS kepada masyarakat.

Comments