RAMADAN BERSAMA TIMBALAN PERDANA MENTERI DI KUALA KEDAH

Pada 1 Jun 2017 bersamaan 6 Ramadan 1438H, telah belangsung solat jemaah tarawih dan moreh bersama YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Masjid Tunku Abdul Rahman, Kuala Kedah. Turut hadir adalah YAB Menteri Besar Kedah, pemimpin-pemimpin kerajaan negeri dan pusat serta masyarakat setempat. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri kerana sudi meluangkan masa bersama-sama dengan penduduk-penduduk Kuala Kedah dan lebih-lebih lagi kerana ini merupakan satu pendekatan yang terbaik kerana program ini telah berjaya menghimpunkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik atas nama ukhwah Islamiah.







Comments