TEMUSIHAT KAMPUNG PEKAN KUBANG ROTAN

Temuseru Kesihatan Masyarakat (Temusihat) Ramadan 1438H di Kampung Pekan Kubang Rotan telah dijalankan pada 6 Jun 2017 bersamaan 10 Ramadan 1438H. Program yang berkonsepkan ziarah dan temuseru (outreach) ini melibatkan pesakit kanser, diabetes dan warga emas. Pemeriksaan kesihatan dibuat oleh Pasukan Saringan Kesihatan (Pasak) dan program diadakan dengan kerjasama JKKK Kg Pekan. Selain pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat kesihatan, ubat percuma turut diberikan di samping sumbangan barangan keperluan harian.





Salah seorang yang diziarah adalah seorang warga emas berumur 87 tahun. Arwah suami beliau adalah ketua cawangan Umno yang pertama bagi Kg Pekan Kubang Rotan iaitu ketika zaman Allahyarham Dato' Senu Abdul Rahman menjadi Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah. Makcik Ah mempunyai tekanan darah dan kandungan gula yang stabil. Mata dan gigi beliau juga masih yang original. Banyak yang kita boleh belajar daripada beliau sebenarnya.



Terima kasih kepada Pengerusi JKKK Kampung Pekan Kubang Rotan dan semua anggota Pasak yang memberi kerjasama menjayakan program Temusihat ini. Program sebegini akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini. Semoga pesakit dan keluarga beroleh manfaat daripada program ziarah ini.

Comments