TEMUSIHAT KUBANG BONGOR

Temuseru Kesihatan Masyarakat (Temusihat) Ramadan 1438H kali ini diteruskan di Kampung Kubang Bongor pada 21 Jun 2017 bersamaan 26 Ramadan 1438H. Antara pesakit yang diziarah adalah pesakit dialisis, ibu tunggal cacat penglihatan, warga emas dan pesakit diabetes. Pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat kesihatan diberikan di samping penyampaian sumbangan barangan keperluan harian. 







Salah seorang yang diziarah adalah seorang ibu tunggal berumur 46 tahun yang telah cacat penglihatannya akibat penyakit mata glaucoma. Beliau mempunyai 6 orang anak dan hilang sumber pendapatan apabila suaminya telah meninggal dunia setahun lepas. Apa yang menyedihkan, bantuan bulanan beliau telah dibatalkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak awal tahun ini. Saya telah berhubung pihak JKM untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini.



Terima kasih sahabat saya, En Ahmad Sabri Kassim yang merupakan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Alor Janggus yang memberi kerjasama memastikan program ini berjaya. Saya berkawan dengan beliau sejak lebih 10 tahun lepas iaitu ketika saya berkhidmat di Klinik Kesihatan Alor Janggus. Terima kasih juga kepada Matron Rohani Sudin yang turut serta. Harapan saya agar dengan sumbangan dan lawatan kami ini, Aidilfitri semua pesakit dilawati akan lebih ceria pada tahun ini.

Comments