TEMUSIHAT TAMAN KOTA NELAYAN

Pada 13 Jun 2017 bersamaan 18 Ramadan 1438H, Temuseru Kesihatan Masyarakat (Temusihat) Ramadan 1438H telah diadakan di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah. Temuseru (outreach) kali ini melibatkan ziarah pesakit dialisis, diabetes, gout, strok, amputasi kaki dan penyakit sirosis hati oleh Pasukan Saringan Kesihatan (Pasak). Program turut disertai oleh Pengerusi JKKK Kg Baru Hulu, Pengerusi JKKK Bakar Kapor dan Pengerusi JKKK Kg Kg Baru Hilir. Pemeriksaan kesihatan, khidmat nasihat kesihatan serta ubat percuma turut diberikan di samping sumbangan barangan keperluan harian. Semoga mereka semua tabah menghadapi ujian penyakit daripada Allah swt.








Salah seorang yang diziarah adalah Puan Norma, seorang pesakit diabetes berumur 52 tahun di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah. Beliau sudah menjalani pembedahan bypass jantung (CABG) 3 tahun lepas, pembedahan katarak mata dan prosedur laser mata beberapa tahun lepas. 2 bulan lepas pula, beliau baru menjalani pembedahan below knee amputation (BKA) kaki kirinya dan akan membuat kaki palsu dalam masa terdekat bagi memudahkan pergerakannya. Semua prosedur ini hanya memerlukan kos perubatan yang minimum yang perlu dibayarnya. Beliau bersyukur kerana suami beliau seorang nelayan dan beliau suri rumah pasti tidak akan mampu menanggung kos sebenar perubatan yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Terima kasih kerajaan Barisan Nasional.


Alhamdulilah, semua pesakit ini mendapat dokongan keluarga yang kuat dan tidak keseorangan dalam menghadapi dugaan penyakit ini. Terima kasih diucapkan kepada pengerusi-pengerusi JKKK yang terlibat kerana memberi kerjasama memastikan program ini berjaya dilaksanakan.

Comments