ZIARAH 24 RAMADAN 1438H BERSAMA AADK DAN JKKK

Program walkabout penyampaian sumbangan pada 24 Ramadan 1438H bersamaan 19 Jun 2017, bermula di Kg Kompleks iaitu kampung saya bersama ahli jawatankuasa JKKK, selepas itu bersambung pula dengan ziarah penyampaian sumbangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kepada keluarga klien AADK di sekitar Kuala Kedah.



Program ziarah kasih Ramadan yang diadakan bersama ahli jawatankuasa JKKK saya meliputi 40 buah rumah di Kampung Kompleks. Program penyampaian sumbangan ini sudah menjadi acara tahunan JKKK Kampung Kompleks.

             

Ziarah kasih Ramadan anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi (KESURI) Pusat Latihan AADK (PLAK) Sungai Petani pula adalah penyampaian sumbangan kepada klien-klien AADK dan keluarga mereka di Kuala Kedah yang meliputi Kampung Tengah, Kampung Tok Pasai, Seri Pantai dan Kampung Tepi Laut. Saya membawa staf-staf PLAK melihat sendiri realiti sebenar masyarakat di Kuala Kedah. Satu program mulia yang membuktikan AADK juga mengambil berat terhadap kebajikan keluarga klien-klien mereka menjelang hari raya. Turut hadir adalah Timbalan Pengarah PLAK dan Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar.










Walaupun program hari ini agak memenatkan kerana berlarutan hampir pukul 1 tengah hari ketika cuaca tengah panas terik dan dalam keadaan berpuasa, tetapi ia amat berbaloi kerana dapat membantu keluarga-keluarga yang terlibat. Jumlah semua rumah yang menerima sumbangan pada hari ini adalah 53 buah. Semoga sumbangan ini meringankan beban keluarga-keluarga ini menjelang Syawal.

Comments