ZIARAH PENYOKONG TEGAR LANG MERAH



Pada 6 Jun 2017 bersamaan 10 Ramadan 1438H, saya telah menziarah seorang pesakit strok, Ahmad Nazir bin Bakar, berumur 49 tahun dan merupakan seorang penyokong tegar pasukan bolasepak Kedah. Tidak disangka kegembiraan beliau meraikan kejayaan pasukan Lang Merah menjuarai Piala FA hanya seketika. Selepas menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, beliau rebah di kawasan parkir stadium dan disahkan mendapat strok jenis pendarahan otak. Beliau koma 8 hari di Hospital Shah Alam dan selepas selesai menjalani pembedahan, saya membantu menguruskan kepulangan beliau ke Kuala Kedah. 
Ketika lawatan, saya dapati beliau masih tidak dapat bercakap dan makan melalui tiub. Pengerusi JKKK Telok Chengai Luar turut sama melawat beliau bagi menguruskan rujukan beliau kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat memandangkan beliau tidak mampu lagi bekerja di kilang tayar dan 3 orang anaknya masih bersekolah. Saya berdoa semoga keadaan kesihatannya akan bertambah baik.

Comments