JAMUAN-JAMUAN AIDILFITRI 1438H

Berlalu sudah Syawal dengan kemeriahan jamuan raya yang dianjurkan oleh kepimpinan setempat iaitu JKKK dan persatuan penduduk dalam Parlimen Kuala Kedah serta rumah terbuka anjuran agensi dan jabatan kerajaan. Saya kira lebih kurang 30 jamuan telah saya hadiri sepanjang Syawal tahun ini iaitu dari Kg Benua di DUN Pengkalan Kundor hingga ke Telok Jawa di DUN Anak Bukit. Tahniah kepada setiap JKKK dan agensi yang berjaya mengambil inisiatif sebegini sebagai meraikan Aidilfitri dengan mengadakan jamuan untuk rakyat di peringkat akar umbi masing-masing. Terima kasih atas jemputan. Semoga penganjuran program-program ini telah berjaya mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

























Comments