MAJLIS AIDILFITRI JABATAN PSIKIATRI HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH

Pada 20 Julai 2017, saya telah dijemput untuk merasmikan majlis jamuan hari raya dan jasamu dikenang Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Bahiyah. Pada majlis ini, staf dan orang awam yang banyak menyumbang kepada perkhidmatan kesihatan mental di negeri Kedah turut diberi penghargaan. Dalam ucapan perasmian, saya telah mengetengahkan cabaran kepada para hadirin untuk bekerjasama mengarusperdanakan kesedaran tentang kesihatan mental di kalangan masyarakat awam.











Saya selaku Pengerusi Lembaga Pelawat Psikiatri mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Dr Omar bin Ali selaku Ketua Jabatan Psikiatri dan pakar-pakar psikiatri, pegawai-pegawai perubatan serta semua staf jabatan yang terlibat kerana telah berjaya menganjurkan majlis tahunan ini dengan meriah dan penuh semangat kekeluargaan.

Comments