PERSIDANGAN INDUSTRI PELANCONGAN KEDAH UTARA 2017

Pada 17 dan 18 Julai 2017, saya telah menghadiri menghadiri Persidangan Industri Pelancongan Kedah Utara anjuran Forward Kedah bersama pemain-pemain industri dan agensi-agensi berkaitan pelancongan. Program yang berlangsung di Hotel Star City, Alor Setar ini dirasmikan oleh YB Exco Pelancongan Negeri Kedah. Banyak ilmu dan jalinan rangkaian baharu berkaitan pelancongan yang saya peroleh. Apa yang penting saya mendapat idea-idea baharu yang dapat memajukan Kuala Kedah dalam bidang pelancongan kerana memang terbukti industri ini mampu berperanan meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Cabaran utama adalah bagaimana untuk mewujudkan 'tourism mentality' dan komuniti berasaskan pelancongan (tourism-based community) di kalangan pemimpin/pentadbir dan rakyat sendiri agar mereka sedar kepentingan memajukan industri ini.







Comments