RANGKUMAN PROGRAM RAMADAN 2017/1438H

Salam Aidilfitri.
Selesai sudah Ramadan 1438H dengan pelbagai program yang telah disertai dan diatur khususnya yang melibatkan kebajikan penduduk Parlimen Kuala Kedah. Berikut adalah rangkuman gambar-gambar program saya sepanjang Ramadan yang lepas.

Solat Tarawih dan moreh bersama YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi di Masjid Tunku Abdul Rahman, Kuala Kedah

Mesyuarat bersama Unit NCD, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah berkenaan penganjuran program Kedah Run From Diabetes

Program Temusihat Kg Pekan Kubang Rotan

Ziarah pesakit strok di Taman Seri Merpati, Jalan Kuala Kedah. Beliau adalah penyokong tegar Lang Merah yang mengalami strok di Stadium Shah Alam selepas perlawanan akhir Piala FA.
Beliau kembali ke rahmatullah pada 19 Ramadan 1438H lalu. Al-fatihah.

Majlis penyampaian sumbangan kepada ibu-ibu tunggal di Pekan Kuala Kedah

Temusihat Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah

Temusihat Teluk Chengai, Kuala Kedah

Santai motivasi dan berbuka puasa bersama klien-klien AADK Kota Setar di Rumah Komuniti AADK, Kg Keloncor.

Iftar bersama masyarakat India Muslim Kuala Kedah di Masjid India Kuala Kedah

Walkabout penyampaian sumbangan bersama JKKK Kg Kompleks
untuk penduduk-penduduk Kg Kompleks, Kuala Kedah

Temusihat Kg Kubang Bongor, Kubang Rotan

Ziarah penyampaian sumbangan untuk keluarga-keluarga klien AADK di sekitar Kuala Kedah iaitu di Kg Tok Pasai, Kg Tepi Laut, Sri Pantai dan Kg Tengah bersama kakitangan Pusat Latihan AADK dan AADK Kota Setar

Ziarah warga emas di Alor Ibus, Pengkalan Kundor

Majlis Sentuhan Kasih Ramadan 1438H bersama anak-anak yatim dan ibu tunggal Parlimen Kuala Kedah
 di Hotel Grand Alora, Alor Setar
Secara keseluruhannya, hampir 90 buah rumah telah diziarah dengan penyampaian sumbangan yang melibatkan lebih 200 orang penerima yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, warga emas serta keluarga-keluarga asnaf dalam Parlimen Kuala Kedah. Semoga program-program ini bermanfaat dan meringankan beban keluarga mereka pada Ramadan dan Syawal tahun ini. Alhamdulilah.

Comments