ZIARAH PELAJAR PESAKIT JANTUNG DI ALOR IBUS


Pada 15 Julai 2017, saya telah menziarahi Adik Anisah, seorang pelajar tingkatan 4, SMK Tun Sharifah Rodziah di rumah beliau di Alor Ibus. Beliau mengidap penyakit jantung dan dalam keadaan terlalu lemah untuk bergerak. Saya berpeluang memahami penyakit beliau melalui dokumen-dokumen perubatan dari Institut Jantung Negara (IJN). Walau keadaan kesihatan tidak mengizinkan, beliau tetap berusaha untuk ke sekolah. Semangat dan keinginan beliau untuk menuntut ilmu sangat saya kagumi.
Kemudiannya pada awal pagi 20 Julai 2017, saya telah dimaklumkan beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-fatihah.

Comments