HARI TERBUKA KLINIK KESIHATAN KUALA KEDAH

Pada 24 Ogos 2017, saya telah dijemput menyampaikan ceramah bertajuk perangi dadah habis-habisan di Program Hari Bertemu Pelanggan anjuran Klinik Kesihatan Kuala Kedah. Tajuk ini sangat relevan dalam konteks Kuala Kedah sebagai antara kawasan hotspot dadah di Malaysia. Dengan hadirin yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia, termasuk pemimpin JKKK, pemimpin wanita, jawatankuasa masjid dan ibu bapa tanpa mengira fahaman politik, saya mengambil peluang ini untuk memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh institusi kekeluargaan. Ini mengambil kira realiti bahawa pencegahan dadah seharusnya bermula di rumah dan setiap anggota keluarga dan masyarakat bertanggungjawab terhadap anak/remaja di bawah jagaan masing-masing. Terima kasih pihak klinik kerana sudi menjemput saya untuk berkongsi visi sebagai ikon AADK Negeri Kedah.

                                      



Comments