MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH 2017


Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Kedah 2017 telah berlangsung pada 19 Ogos 2017 di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar dan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia. 

Mantap jentera 'DrZaki 08' tahun ini



Turut hadir adalah Yang Berbahagia Dato' Latt Shariman Abdullah, mantan Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah. Sebenarnya saya adalah seorang 'reluctant politician'. Beliau adalah tokoh yang membawa saya ke dalam dunia politik. Sememangnya saya berminat dengan bidang politik, tetapi jika Dato' Latt Shariman tidak membuka laluan untuk profesional muda seperti saya untuk menjadi AJK Bahagian 9 tahun lepas, ia adalah agak mustahil untuk saya sampai ke tahap ini jika dilihat realiti dalam politik bahagian. Jasa Dato' tetap akan saya kenang. Ini adalah satu fakta yang takkan berubah walau apapun yang telah dan akan berlaku. Walaupun kami kurang bernasib baik ketika bertanding (saya di Parlimen Kuala Kedah dan beliau di DUN Kubang Rotan) pada PRU 13 lepas, tetapi alhamdulilah kami masih diberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam perjuangan.




Alhamdulilah saya telah memenangi undi ke-2 tertinggi dalam pemilihan G7 Umno Bahagian Kuala Kedah untuk menjadi perwakilan Umno Bahagian ke persidangan agung tahunan Umno Malaysia. Terima kasih kepada semua perwakilan Umno Kuala Kedah yang menyokong saya. Insha Allah gerak kerja akan diperhebat. 
Jumpa di PWTC nanti!

Comments