PERHIMPUNAN JKKK BERSAMA PERDANA MENTERI 2017

Pada 22 Ogos 2017, bertempat di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), saya dan pengerusi-pengerusi JKKK Parlimen Kuala Kedah telah menghadiri Perhimpunan JKKK, JKKKP dan JKKK Orang Asli dari seluruh Malaysia bersama YAB Perdana Menteri. Di hadapan lebih 12 ribu pemimpin masyarakat akar umbi ini, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan telah meluluskan Skim Insurans Kelompok kepada 265,000 ahli JKKK, JKKK Persekutuan (JKKKP) & JKKK Orang Asli mulai Januari 2018. Inilah adalah bukti bahawa kerajaan mengiktiraf JKKK sebagai tiang seri pentadbiran kerajaan. Terima kasih PM dan kerajaan Barisan Nasional.





Comments