KEDAH BERKABUNG

Tarikh 11 September 2017 merupakan satu tarikh duka bagi rakyat di Negeri Kedah. Saya bersama ribuan rakyat Kedah dari pelbagai lapisan masyarakat berkesempatan memberi penghormatan terakhir kepada seorang raja yang hebat dan sangat disayangi di Istana Anak Bukit sebelum Almarhum dimakamkan di Makam Diraja Langgar. Legasi yang ditinggalkan oleh Almarhum sangat besar nilainya bukan sahaja kepada negeri Kedah tetapi juga kepada negara. Almarhum adalah simbol kejayaan pemerintahan raja perlembagaan di Malaysia dan merupakan Raja Pemerintah Kedah yang sentiasa disanjung tinggi sepanjang tempoh menaungi rakyat Negeri Kedah dan Malaysia. Semoga roh Almarhum KDYMM Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah yang ke-28 dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh. Al-fatihah.










 


Comments