KEDAH RUN FROM DIABETES 2017

Program Kedah Run From Diabetes 2017 yang berlangsung pada 23 September 2017 bertempat di Aeon Big, Alor Setar anjuran Diabetes Malaysia Negeri Kedah dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah berjaya menyampaikan mesej kepada rakyat Negeri Kedah tentang betapa perlunya mereka mengubah gaya hidup mereka. Perasmian program dan pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md Hanipah, Menteri Besar Kedah dan YB Dato' Dr Leong Yong Kong Exco Kesihatan pula merasmikan majlis penutupan dan penyampaian hadiah. Kehadiran kedua-dua pemimpin ini secara jelas menyatakan komitmen kerajaan negeri untuk bersama-sama menangani peningkatan kes diabetes di Negeri Kedah. 

Selain acara larian, pameran farmasi, fisioterapi, penyakit tidak berjangkit, demonstrasi makanan sihat, kembara pasar raya dan pemeriksaan kesihatan serta pemeriksaan gigi percuma turut diadakan. Pemeriksaan saringan gula sahaja melebihi 200 orang orang dan kempen derma darah berjaya mendapat lebih 50 penyertaan.

Penyertaan lebih kurang 2000 peserta ini benar-benar telah memeriahkan acara larian ini. Terima kasih di atas sokongan semua dan pihak kami memohon kemaafan sekiranya ada kekurangan atau kelemahan dalam penganjuran program ini. Yang pastinya penganjuran program sebegini akan menjadi lebih baik pada masa hadapan. Kepada semua peserta, anda semua adalah pemenang kerana mengamalkan cara hidup sihat. Saya sebagai pengarah program mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.




































Comments