KESAN KECICIRAN SEKOLAH

Pada 25 September 2017, saya membuat pengesahan urin di Pejabat AADK Negeri Kedah yang melibatkan 4 orang penagih dadah yang ditangkap dari sekitar Alor Setar termasuk di Gunung Keriang. Tiga beradik lelaki yang bapanya merupakan seorang penjaga masjid turut terjebak dengan dadah. Seorang lagi berumur 24 tahun, terlibat dengan dadah sejak 7 tahun lalu. Dia hanya bersekolah setakat Tingkatan 1 sahaja, kemudian berhenti disebabkan masalah keluarga berlaku apabila bapanya berkahwin lagi. 
Kita perlu melihat semula tindakan susulan apabila ada pelajar yang tercicir daripada sistem pendidikan kita. Kita perlu ada pelan tindakan untuk kes sebegini kerana mereka terdedah kepada risiko terlibat dengan dadah dan jenayah. Kita tidak mahu tragedi pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat berulang yang mana remaja berumur 11 hingga 18 tahun yang tercicir sekolah dan didapati positif dadah membakar pusat tahfiz tersebut dan mengorbankan 23 orang pelajar dan guru.



Comments