LAWATAN BAYI MERDEKA 31 OGOS 2017

Pada 31 Ogos 2017, satu program lawatan bayi merdeka telah diadakan di Wad Kenanga 2C, Hospital Sultanah Bahiyah anjuran Rela Kehormat Negeri Kedah bersama Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dato' Dr Norhizan bin Ismail dan Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Zaiton binti Udin . Seramai 14 bayi comel telah dilahirkan pada 31 Ogos 2017 (setakat jam 12 tengah hari) di Hospital Sultanah Bahiyah ini. Bayi-bayi bertuah ini turut menerima cenderahati daripada para Rela Kehormat. Semoga anak-anak merdeka ini akan menjadi insan yang sentiasa berbakti dan menjadi kebanggaan negara. Tahniah kepada semua ibu bapa mereka. Terima kasih kepada Pengarah Hospital dan staf Wad Kenanga 2C yang sudi menerima lawatan kami.








Comments