KUNJUNGAN HORMAT KETUA POLIS NEGERI KEDAH



Pada 26 Oktober 2017, satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Jawatankuasa Kesihatan Mental Daerah Kota Setar dan Lembaga Pelawat Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah ke atas YDH CP Dato’ Asri bin Yusoff, Ketua Polis Negeri Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Jalan Stadium, Alor Setar. Antara isu yang dibincangkan bersama adalah peningkatan kes-kes penyakit mental yang berpunca daripada penyalahgunaan dadah. Turut hadir adalah Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti serta Jabatan Jenayah Narkotik. 








Saya juga sebagai Pengerusi Lembaga Pelawat Psikiatri menyuarakan isu-isu berkaitan pesakit mental kepada Ketua Polis Negeri. Besar peranan pihak polis sebenarnya dalam pengendalian pesakit mental yang agresif untuk dibawa ke hospital, lebih-lebih lagi apabila meningkatnya kes pesakit mental yang berpunca daripada pengaruh dadah sejak akhir-akhir ini. Peranan pihak polis ini amat signifikan dalam memastikan pihak keluarga pesakit dan masyarakat akan sentiasa berasa tenang dan selamat.



Terima kasih kepada YDH Dato’ Ketua Polis Negeri di atas kesudian bertemu pihak kami. Kerjasama antara PDRM, AADK dan pihak kesihatan akan lebih dimantapkan selepas ini terutama dalam program-program jihad membasmi dadah inisiatif PDRM Kedah.

Comments