PEPERIKSAAN PACES MRCP (UK)


Alhamdulilah selesai mengambil peperiksaan Paces MRCP (UK) di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 24 Oktober 2017 lalu. Ini adalah peperiksaan untuk bidang kepakaran Internal Medicine yang sering tertangguh kerana kesibukan penglibatan saya dalam bidang politik dan kemasyarakatan. Mohon rakan-rakan semua mendoakan semoga saya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan kali ini agar dapat memberi bakti yang lebih besar kepada masyarakat.


Selepas peperiksaan, saya berkesempatan makan tengah hari bersama sahabat saya, Dr Khairul Faizi yang dulunya merupakan CEO Mahsuri Medical Centre dan sekarang bertugas di Clinical Research Malaysia. Thanks for the lunch bro.

Comments