PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ANAK YATIM

Pada 9 Oktober 2017, telah berlangsung satu sesi motivasi dan persembahan ahli silap mata dan badut tempatan serta antarabangsa iaitu gabungan dari Malaysia, Vietnam dan Amerika Syarikat untuk anak-anak yatim penghuni Rumah Anak Yatim Perkim Kedah, Lorong Seri, Alor Setar. Program khidmat masyarakat ini adalah kerjasama Persatuan Profesional Dan Usahawan Negeri Kedah (PEAKS) bersama Magic and Clown International. Saya juga mengambil peluang untuk berucap dan memberi motivasi kepada mereka. Anak-anak yatim sentiasa dekat di hati saya. Semoga program ini sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka dalam menghadapi musim peperiksaan.








Comments