PROGRAM RAKYAT SIHAT TANPA DADAH 2017

Program Rakyat Sihat Tanpa Dadah telah dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Taman Setia Jaya, Alor Setar pada 29 September 2017. Program anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Kedah ini turut dihadiri oleh Ketua Polis Negeri Kedah, Pengarah AADK Kedah dan Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Kedah yang bertindak sebagai ahli panel forum untuk program ini.







Bersama YBhg Dato' Mangsor Ismail, Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kebangsaan dan exco-exco MCPF Negeri Kedah 


Sebelum bergerak meninggalkan program, YDH Dato’ Asri bin Yusoff, Ketua Polis Negeri Kedah, sempat secara peribadi mempelawa saya untuk terlibat secara langsung dalam kempen pencegahan ketum yang akan dilancarkan oleh PDRM Kedah. Tentunya saya sedia komited membantu PDRM kerana kempen sebegini adalah sesuatu yang sudah lama saya perjuangkan.


Comments