BENGKEL PDH, AADK NEGERI KEDAH 2017

Bengkel Training for Trainers (TOT), Program Perangi Dadah Habis-habisan (PDH) Peringkat Negeri Kedah anjuran AADK Negeri Kedah telah diadakan pada 12-14 November 2017 di Mes Pegawai Kanan PDRM, Pasir Hitam, Ayer Hangat, Pulau Langkawi. Peserta-peserta adalah terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan komuniti seperti pengerusi JKKK, pengerusi JPP, penghulu, pegawai penerangan dan aktivis masyarakat dari seluruh Negeri Kedah. Selain bertindak sebagai fasilitator program dengan berkongsi pengalaman dan ilmu sehingga membolehkan saya dianugerahkan sebagai ikon AADK terbaik peringkat kebangsaan, saya juga membentangkan pelan tindakan komuniti Kuala Kedah untuk program-program pembanterasan dadah yang akan dilaksanakan pada tahun 2018. 
Selain berkongsi pengalaman dan ilmu, saya juga mendapat ilmu baharu daripada bengkel ini. Semoga gerak kerja dalam komuniti untuk pencegahan dadah dapat diperkemaskan lagi di setiap daerah dalam negeri Kedah.











Comments